• » Last Update Was 7 years ago With : Ayah..

Sunday, April 15, 2007

~BILA AKU NAK ADA ASTRO NIH

Umah mak aku ada la astro. Umah spupu aku pun ada. Umah jiran spupu aku pun ada. Umah jiran aku pun ada. Tapi stori ni nak pokus kat umah jiran aku ni la. Yaa edisi mengumpat bermula lagi.

Aku ja tak dak astro. Yang menggedikkan aku untuk ada astro cepat2 bukan sebab nak layan AF (Actually AF yang aku tau pun Zahid, Vince, Mawi ngan sorang lagi nama apa ntah). Haah. Aku memang tak tau langsung pasai dunia hiburan tanah air. Bila terbaca majalah mangga or urtv ka kat umah orang, mesti ada gambaq artis yang kat bawah tu tulih label "PELAKON TERKENAL" (membintangi drama so and so ATAU filem so and so). Soalannya awat aku tak kenai pun? Aku boleh jadi bes ka kalau aku kenai?

Jiran aku ni.. Org2 veteran la. Tapi ada 3 anak kecik yang skolah rendah + tadika saja. Yang tak tahan tu, TIAP2 HARI pasang ASTRO CERIA. Macamana aku ble tau? Mau aku tak tau. Aku duduk bilik hujung pun boleh dengaq depa pasang tv kuat sampai umah aku. Nak kata pekak, tak tau plak. Sampaikan benda dalam umah aku blh dengaq (yg mana aku dok pedo meminimakan noise dari umah aku) dan buat forum dengan "komuniti" flat ni (Sakos!). Paling nyampah tang "HANYA DI ASTRO CERIA", suara pompuan dalam iklan2 siaran tu.. memang gedik teramat. Camna nak describe tah. Satu lagi suara sengau Aznil yang EVERYDAY in EVERY RANCANGAN ASTRO. Bebulu telinga aku beb! PENGACARA "SERBA BOLEH", maklum ja la.

No, aku bukan benci Aznil. Tapi heran awat jiran aku ni ASTRO yang depa ada cuma ASTRO CERIA? Dengan channel yang ada AF tu. Pasepa kat umah mak aku ada NATIONAL GEOGRAPHIC, DISCOVERY ngan tahapa lagi. Walhal mak aku tak subscribe apa2 special pun. Tak tau la kalau skang ASTRO buat promosi pakej channel CERIA ngan yg ada AF tu ja kan (mari menyakastikkan diri..huhu)

Motif aku untuk ada astro ialah : skang aku malas beli+baca buku2 dah. Nyehehe..