Wednesday, November 11, 2009

~CARA BLOCK ORANG KAT FACEBOOK

Aku dpt ilham nk tulih entry ni sbb terbaca luahan member aku Ted pasal kawan fb dia yg tetiap ari la dok post status yg membuatkan org len terasa geli.


Well, hgpa pun mesti ada punya sekoq dua kwn dlm fb camtu.. takpun jenih sat2 tak sampai 2 menet, post. Lama2 penuh kat home hgpa dengan feeds dia ja.. Kalu best xpa jugak ni cam hagham syok seniri..

Hangpa ada 2 pilihan :
SATU : untuk hide feeds dari profile dia, means xyah lagi hgpa membulukan mata ngan apa yg dia post, samada status updates ka, game/applications ka etc. So kalau tergerak ati nak tgk perkembangan terbaru dia ja baru bukak link ke page dia. Senang kan?

DUA : block terus dia dari list hgpa. Ni da tahap geram benci marah nyampah meluat atau SEKADAR BAGI PENGAJARAN kat dia. Hehe. But tak semua yg MAKAN SAMAN right? So biaq pi lah. Buang terus pun dia xsedaq punya. Cara buang pun ada 2,

a) cuma remove connections ja
b) block. Bila dah block, hgpa da xbuleh cari dia, dia pun xleh cari hgpa, dan walaupun hgpa berkongsi kawan, hgpa tetap halimunan antara satu sama lain. Ngertik?

HOW
Cara 1
Bila nampak ja feeds dia terjengoi kat home hgpa, cuma bawak cursor ke hujung line dia, cthnya dlm gambaq ni. Nanti keluaq menu dropdown Hide XXXX (nama). So pilih la yg tu. Lepas ni no more annoying posts.



Untuk repair (kot la rasa terlembut ati plak), cuma scroll page ke bawah skali, akan nampak menu [OLDER POSTS] [EDIT OPTIONS]. So pilih Edit Options, org2 atau apps yg hgpa dah hide, buleh masuk blk dlm feeds.



Cara 2a
Meremove connections. Pi kat list friends hangpa, pastu tgk kat tepi list mesti ada tanda pangkah tu. So sila tekan dan lihat hasilnya. Kah3.



Repair : Hangpa atau dia kena antaq friend request cam awal2 blk.

Cara 2b
Ni cara yg paling kejam dan mmg once org da block hgpa, kena paham la yg hgpa ada terbagi sakit ati depa, ok. Jangan nak ego ingat hgpa saja betoi.

Pi kat bar atas skali yg ada kotak search tu. Nampak x menu drop down Settings? Ha pilih Privacy Settings cam dlm gambaq aku tunjuk ni.



Satu page akan kuaq n ada 4 pilihan privacy. Nanti2 la kita diskas tu. Aku nak ajaq camna nak block org. Tengok kat bawah skali ada kotak kelabu Block People cam dlm gambaq ni (ramai gile aku block..waqaquii). So, hgpa leh isi ja nama fb org tu kat kotak Person tak pun kalau tau email, boh kat situ terus. Make sure kalau nama Person, mestilah nama yg dia guna kat fb dia skang.



Cam aku hbq tadi, bila da block, hgpa xakan wujud lagi dlm dunia fb dia dan dia pun sama xwujud dlm dunia hg. Aman kan rasanya.. haha

Repair : Cuma klik kat remove di tepi nama.

Sekian tengkiu.


Tuesday, November 03, 2009

~KEMBALIKAN KENANGAN MANIS ANDA

Ada dikalangan kita yang kini mewarisi banyak koleksi piring hitam dari ibubapa, abang, kakak, pak cik, mak cik dan sedara mara kita. Tak kiralah piring hitam 12 inci (dikenali sebagai LP) atau 7 inci (dikenali sebagai EP). Walaubagaimanapun, koleksi-koleksi piring hitam tersebut tidak dapat didengar lagi kerana pelbagai faktor seperti berikut :-

1. Tiada pemain piring hitam (turntable).
2. Ada pemain piring hitam (turntable) tetapi sudah rosak.
3. Tak tahu langsung apa rupa benda pemain piring hitam.

Mungkin ada diantara koleksi-koleksi piring hitam tersebut, terdapat lagu-lagu yang kita dengar semasa kecil sewaktu piring hitam tersebut dimainkan. Banyak lagu-lagu yang pernah dikeluarkan dari piring hitam tersebut tiada lagi dijual di pasaran dan sukar diperolehi lagi. Yang menakjubnya, lagu-lagu tersebut terselit dalam piring hitam yang kita warisi/miliki tetapi malangnya tak dapat pula kita mendengarnya memandangkan beberapa faktor tersebut.

Kini, tak perlu bimbang lagi kerana saya dapat membantu anda mengembalikan kenangan manis anda melalui penghasilan semula lagu-lagu tersebut ke versi digital (audio cd) melalui bantuan alat dan teknologi terkini. Semua piring hitam dapat saya kembalikan mutu suara kualitinya ke versi digital tidak mengira genre lagu-lagu seperti klasik, pop yeh yeh, pop, hindi, english, rock, rap, metal dan sebagainya. Dengan syarat, piring hitam mestilah sekurang-kurangnya 60% dalam keadaan sempurna.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin mengembalikan semula kenangan manis anda melalui penghasilan semula versi digital dari piring hitam boleh menghubungi saya melalui email nordin_mppp@yahoo.com atau sms kepada 016 - 432 7872 (din) untuk mendapatkan butiran dan alamat lengkap. Kos untuk penghasilan semula piring hitam adalah sebanyak RM 25 sekeping. Walaubagaimanapun, harga masih boleh dirunding sekiranya anda ingin menghantar sebanyak mungkin piring hitam untuk didigitalkan. Proses dan manual prosedur kerja yang ditawarkan oleh saya adalah seperti berikut:

1. Terima pesanan dari anda (well concealed cash/wangpos beserta piring hitam)
2. Memaklumkan kepada anda bahawa pesanan telah diterima (via sms)
3. Membuat semakan kualiti piring hitam anda
4. Mencuci dan membersihkan piring hitam anda
5. Proses rakaman semula piring hitam anda melalui teknologi terkini
6. Membuat salinan ke audio cd (berbentuk piring hitam)
7. Menghantar piring hitam dan audio cd pesanan anda melalui pos berdaftar
8. Memaklumkan kepada anda bahawa pesanan telah dihantar (via sms)
(Proses kerja 1 hingga 8 adalah mengambil masa 3 hari sahaja)

Melalui penghasilan semula lagu-lagu dari piring hitam ke versi digital, maka terubatlah kerinduan anda untuk mendengarnya semula.

Related Post :
Koleksi Piring Hitam



Monday, November 02, 2009

~MAKIN TAK MALU

Manusia ni kan, semakin berusia semakin tak malu, kan? Rasanya sifat malu tu tebal waktu remaja ja, waktu baru nak usyar2 marka, nak kontrol penampilan sesempoinya. Tapi lama2 dah tak peduli.

Tengok saja keliling. Ada yg dah tak heran nak korek hidong depan orang lain, yg londeh seluaq siram ayaq kencin tepi jalan, table manners pun tak dak, pakai baju tak padan ngan badan, kotorkan tandas awam, semua ni sebab kita dah lali dan tak kisah dah, janji tak kacau orang. Yelah, tu kata kita, orang lain selagi tak tegoq selagi tu kita tak sedaq, yg perangai kita huduh.

Tapi aku paling meluat yg jenis mengaku low profile. Beb, naper tak cakap hg "tak dak peluang menggediq?", sebab dok tengok itu yg sebetoinya. Cuba ada peluang, cam lebih sudu dari kuah pun ada. Jangan nak ngaku pemalu aar. Aku pun sebelum ni ada termengaku aku seorang yg pemalew, lani aku sedaq yang memang HUDUH seseorang tu mengiktiraf dirinya shy.. Kalu kawan2 kita ngaku camtu, kita cuma buleh kata hahaha yg tak ikhlas kan? Walhal cam nak muntah ungu ja bila dengaq pengakuan camtu.. Mintak2 la lepas ni aku ingat p.o.v. ni hehe