Monday, March 28, 2011

Penyalahgunaan Balkoni dan Koridor

Kalau kita berjalan sebentar melintasi kawasan perumahan bertingkat (kondo/flat/patmen etc) dah tentu boleh nampak aneka display pakaian-pakaian disidai secara terbuka di balkoni dan di luar tingkap.

Berjalan pulak di bahagian koridor, deretan baju, seluaq, lampin sampailah ke teddy bear pun boleh jumpa tergantung tinggi rendah.


Perkara yang mencacatkan pemandangan ni sebenarnya sedar tak sedar dah dianggap culture atau senario normal dalam masyarakat. Tak kira lah maju mana sekalipun sesebuah negara tu, pemandangan macam ni tetap ada. Mana-mana rumah pun akan buat yang sama.


Monday, March 14, 2011

Single Apartment 2

Inilah dia pelan rumah single/studio apartment aku yang kedua. Basicnya sama macam pelan pertama dulu, direka khas untuk manusia-manusia yang nak hidup menyendiri dan perlukan privasi maksima. Hueheh. Design ni tak xrelevan dah untuk aku sebab dah berkeluarga.

Pelan Studio/Single Apartment 2


Anyway, dgn variasi yang minimum dan pat segi ja macam kotak/jail, assume single/studio apartment ni memang macam ni, tingkap tak boleh letak kat tepi2 sebab melekat dengan unit apartment lain. Most pencahayaan datang dari area ruangtamu a.k.a tempat tidoq dan dari dapoq :


Monday, March 07, 2011

Mesti Baca : Status Updates FB Yang Teringin Kita Jawab

Ada kalanya bila kita melagho ngadap facebook, maka terbacalah macam-macam jenis status update kawan-kawan kita. Ada yang best, ada yang mentrigger kita untuk merespon, ada yang hmm tak larat nak baca dah, ada jugak yang memualkan.

Kat sini aku bagi 5 contoh status update yang gamaknya selalu kita terbaca dan kalau tak sedar mungkin diri sendiri ada terpublish camni. Macamana respons yang diexpect? Slalunya pro saja kan. Walaupun hati jengkel nak reply ikut dan ja tapi memandangkan tu kawan kita, tak sampai hati la kan.. Teringin tu memang teringin tapi sanggup ke reply camni? (Kalau rabun sila klik gambar utk zoom+/-)

CONTOH 1 :


Friday, March 04, 2011

Drive Angry - Tiket Wayang Free Dari Nuffnang

Sabtu lepas, yakni 26 Februari 2011 aku dan encik somi menjejakkan kaki pertama kali ke TGV 1st Avenue (Penang) untuk menonton Premier Screening filem Drive Angry yang dianjurkan oleh Nuffnang. Thank you Nuffnang sebab bagi tiket free :)


Rombongan konvoi dari K.L pun mai jugak, masing-masing memakai baju merah berlogokan Drive Angry. Tak nampak pulak ada sesi beramas mesra antara bloggers hari tu, kami beratoq amek tiket fri, tengok muvi lepas tu balik.

Drive Angry ni biasa saja. Nicholas Sangkar pun dah tua. Jalan cerita tipikal dan predictable. Obsesi kereta bagaikan diselit saja sepanjang penceritaan, macam tak dak pun takpa. One of the actors yang aku kenai ialah kawan Nicholas Cage iaitu David Morse (rakan sejawatan Tom Hanks dalam cerita penjara The Green Mile) pun tak dak la essential sangat. Ditambah dengan watak-watak pacak tambahan yang menyebabkan mulut aku tak berenti membebel xpuas hati.