• » Last Update Was 2 months ago With : Ayah..

Friday, June 05, 2009

~MACAMANA PERNIAGAAN MELAYU NAK MAJU

(As appeared in CONFIDENTIAL #9, Sept 03)

Macamana perniagaan Melayu nak maju
Bila dok jual barangan palsu
Pelanggan semelayu semua dia tipu
Harganya mahal pembeli tak mampu

Macamana perniagaan Melayu nak maju
Bila pelanggan semua dia nak sapu
Menunya banyak resepinya merapu
Mana tak lambat gerainya satu

Macamana perniagaan Melayu nak maju
Bila khianat dengki hati batu
Yang lama sabotaj yang baru
Bomoh, santau dia tak malu

Macamana perniagaan Melayu nak maju
Berniaganya jarang cutinya selalu
Dulu semangat sekarang dah jemu
Hangat-hangat taik ayam pandu !

©2003 tupaikaran a.k.a. keyos_ct



14 Comments »:

TeD said...

melayu di perkotak katikkan oleh kaum lain... :|

lofiel said...

pantun perli ka ni? haha..

Tupai Karan said...

lebih kurang la.. taim dulu2 mmg aku minat tulih artikel/poem2 camni.. skang ni? hah da mls

haruan tasek said...

pantun membina nie... memang melayu mudah di tipu... sokong

aloy_paradoks said...

melayu tak minat berniaga... berapa kerat sangat.

pricon said...

Sadly true... what I always encountered was in rangkap 4.
Itu pasai klu jumpa gerai sedap kt jauh2, kena minta #fon siap2. Esok bila teringin nk mkn col dulu confom buka x buka. Hah.

abuyusof said...

..gua panggil tahi ayam monet(bunyi macam pelukis perancis tersohor: monet)

cinderella_parker said...

org melayu mmg kuat dengki bisnes org laen. nk menyantau je kejenye

Faisal Admar said...

tadi beli pelam, punya sikit rm1. keji betol. apek sebelah tu jual punya banyak rm1.

dah la quality tak bagus. nak untung banyak lak tu.

boleh maju ka macam tu?

Tupai Karan said...

-->Faisal:
Buleh maju pe. Cthnya meniaga pisang goreng. Sebijik pisang potong 18. Tepong tebai2. Heh.. Tul maju..

-->Cinderella_parker:
Memang dah termaktub kalau nak meniaga kena pandai dengki2 baru leh berjaya.

-->Abuyusof:
Tak kira taik apapun, yang penting memang sikit sangat org kita yg jujur dlm cari duit.

Tupai Karan said...

-->Pricon:
Gerai makan sedap2 ni slalu stok sikit. Asai kita p ja mesti da abes.. Geram gak.

-->aloy_paradoks:
Sapa kata org kita tak minat. Ramai minat meniaga yg senang2 dapat ribu2 juta2 ja. Untung kecik2 tak main la. Tambah minat kalau berpiramid.. haih.. hancoqqqqq kita

-->Haruan Tasek:
Dan kita juga mudah menipu.. Hihi ;)

fndrocka said...

ini stok lama nii..tapai masih releven kerana melayu masih belum berubah..

Tupai Karan said...

-->fndrocka:
Tapai? heh

Khairul Amry Mohamad Puad said...

orang melayu yang menjatuhkan orang melayu sendiri.. macam mana nak maju kalau macam ni?
dalam hati penuh hasat dengki...

Post a Comment

Komen saja.. bkn spam :)