Saturday, August 07, 2010

Iklan Youthsays Menyemak Dalam Shoutbox?

Tadi terbaca satu entri bertajuk "Promosi iklan Youthsay di kekotak mesej". Penulisnya menggambarkan tak berapa berkenan dengan sikap sesetengah blogger yang menyalahgunakan shoutbox untuk mempromosikan link youthsay depa.

Aku pun camtu jugak. Tapi aku atasi dengan cara memBANNEDkan link youthsays tu. Caranya sangat la mudah.

Untuk shoutmix :

1) Masuk dashboard shoutmix hangpa. http://www.shoutmix.com/main/login.php

2) Pilih Ban Control di bawah menu SECURITY


3) Masukkan malaysia.youthsays.com dalam banned URL


4) Test out : logout dari shoutbox hangpa di web tu dan juga di blog terai taip apapa yang ada link tu, nanti keluaq camni

"The URL malaysia.youthsays.com has been banned from this shoutbox.
Kindly edit and resubmit your post."


5) Haha. Jangan ingat leh trick aku pasni ngan link2 cloak lain. Aku xtekan nye


Friday, August 06, 2010

Lagi-Lagi Tekken

1) REVIEW FILEM TEKKEN
1st of all, fyi, aku bukanlah button mashers dan bukan poseur dalam meminati game Tekken, ok? Setelah beribu-ribu ringgit habis dilebur di mesin Tekken, beratus jam kematu pungkoq, berpinar mata mengadap skrin, berpuluh-puluh kedai dijelajah demi menghilangkan kegianan (aik ni da macam iklan Olay plak), tentulah filem Tekken ni ditunggu-tunggu bukan saja oleh aku tapi oleh para gamers lain dengan harapan tinggi menggunung.


Tarikan utama filem ini ialah curiosity penonton pada barisan character yang bakal muncul serta moves yang menjadi identiti characters itu sendiri. Jalan cerita memang awal-awal lagi out ditolak belakang la sebab seperti filem-filem lain yg diadaptasi dari game, memang hampes dan tak masuk akal.

Characters yang ada pun hanyalah Heihachi, Kazuya, Jin, Jun, Nina, Anna, Steve Fox, Bryan, Yoshi, Eddy (digemari mashers..hoho), Christie, Miguel, Dragunov, Raven, dan Marshall Law (awal-awal dah out.. haha). So jangan expect nak jumpa Paul (bukan si sotong), Baek, Hworang dll. Apatah lagi Kuma/Panda, Roger dan Mokujin. Hehe

Overall aku amat kechiwa dengan filem ini. 70% difokuskan kepada Jin dan tournament Iron Fist dan selebihnya baru pada watak lain serta diselit sikit adegan-adegan 18 SX. Anna Williams misalnya, sekadar menayang muka ketika pengumuman peserta tournament, menjadi assasin upahan bersama kakaknya Nina untuk menghapuskan Jin, dan pe'meriah' bilik tidoq Kazuya.

Babak pertarungan laaaagilah frust. Penonton expect moves2 yang lebih cantik dan mencerminkan character, tapi rasanya bercelaru skit choreography menyebabkan moves2 nampak terlalu ordinary macam filem-filem fight lain. Ini pandangan aku ajelah, orang lain tak tau pulak.

Bahagian klimax filem di mana Jin berdepan dengan Kazuya yang jaki dengan kemenangan anaknya itu pun tak digarap dengan excellent. Takde istimewanya babak ni, tambah pulak takdak langsung cedok 'toria' atau 'derg'. Ulat dash jangan cakaplah. Hehe. Atau mungkin mata aku yang kero.

Last verdict: Okeylah. But don't expect too much. If you're not a tekken lover, you'll probably hate this movie. Filem tanpa sinaran matahari ni dijamin membosankan dan mengelirukan..


2) CONTEST NUFFNANG UNTUK KE PREMIER SCREENING TEKKEN

Hangpa ingat tak baru-baru ni aku ada cuba masuk contest nuffnang untuk tengok premier screening Tekken. Klik sini untuk tengok entri tu (klik sini untuk open new window).

FYI, lepas beberapa hari, aku dapat invitation dari Nuffnang untuk claim tempat di GSC Tropicana City Mall pada 4hb, iaitu sehari lebih awal dari tarikh tayangan seluruh negara. Tapi sedih betul, aku terpaksa melepaskan tempat aku atas sebab-sebab masa, lokasi dan plan peribadi yang tak mengizinkan.


Ini invitationnya. Sangat-sangat besar hati sebab ni contest pertama aku join, tak sangka dapat pulak. Terima Kasih Nuffnang.


3) LEPAS GIAN SIKIT..
Untuk release kecewa aku dan Pakdin yang terpaksa lepaskan tempat ke premier screening tu, kami cuma melawat balik kedai yang satu masa dulu (cewah) pernah jadi tempat lepak @ rumah kedua geng-geng Cosmic.BJ.

Gemuk tul pompan rabun ni.. hahx

Speaking of geng Cosmic.BJ, satu lagi kekecewaan, kita dah janji dulu akan serbu panggung bila movie ni release, tapi sayang, kita semua dah jauh dan tak sehappening dulu. Wohoho ayat flower plak.


4) SESUATU YANG PELIK PADA HEADER BLOG @HATITUPAI
Benda ni aku sempat capture SEKALI saja. Sebab muncul pun sekali saja lepas tu takdak dah.. Waaawooowowwo

Klik utk zoom+/-

Cun kan banner iklan Nuffnang ni.. cam padan ja dengan header n tema warna blog aku.. Awat keluaq sat sangat.. Hiks


Wednesday, August 04, 2010

Gantung Sampai Mati, Tahu?

Mentang-mentang hangpa belum tertangkap sebab isap syabu, ganja semua tu, telan itu ini, selama tu la hangpa nak jadi hamba dadah ye? Depan orang berlagak normal, bila malam, tergedik2 dah start calling2 cari kaki, cari tokan, cari port..

Semata-mata nak lepaskan ketagih hangpa dengan racun dan najis tu!
Najis = Tahicks

Kadang-kadang kata tobat, nak berenti? Lepas tu kena goda ngan setan2 lain yg sama 2x5 tak buleh berenti, so hangpa pun isap balik benda2 tu semua?

Tak rasa apa-apa ka? Buleh release tension ka? Rasanya tak kan? Sebab layan benda2 tu semua dalam takot2, line kena kaver2?

Kalau cakap pasal mati, buleh pulak kata tak bersedia. Sebab? Konon amalan tak cukup. Ilmu nipis lagi kat dada. Dah tau tu, apa sebab nak jadi hamba lagi? Pi la amek ayaq smayang, pi capai sejadah, semayang, lepas tu berdoalah.

Berdoalah mintak petunjuk dari Allah. Luahkanlah semua yang berat dalam hati dan jiwa. Mohonlah diberikan kawan-kawan yang baik dan membimbing. Bukan yang menjahamkan hangpa. Melingkopkan hangpa.

Kalau kena tangkap? Kawan2 nak kaver hangpa? Sori la. Tara tak kena tangkap pun mesti konflik barang jual tak fair la, duit tak bagi la, duit tak sampai la.. Beb, pasal duit, kawan buleh melayang la.

Nak pakai rantai leher macam ni? Tempah la sekarang.

Ooo so isap ais la pebenda ni xpa? Normal? Trend? Kawan2 baru kenal pun mengaku ada amek benda ni, so tak yah segan? Leh open sama2? Satu kepala? Sporting? Sempoi?

So isap benda2 ni semua only part time la? Depan still normal macam org lain? Cuma isap ja bukan jadi pusher pun?

Tau x dalam Akta Dadah Berbahaya, hangpa dah pun dikira MENGEDAR DADAH? Tanya awat pulak aihh tupai, aku beli isap sorang ja bkn aku joi kat org len.. Wei babun.. baca ni naa :

MELAKUKAN SALAH SATU DARI PERBUATAN-PERBUATAN BERIKUT DIANGGAP MENGEDAR DADAH BERBAHAYA
  • MENGILANG
  • MENYOROK
  • MENGIMPORT
  • MEMBELI
  • MENGEKSPORT
  • MENJUAL
  • MENYIMPAN
  • MEMBERI
  • MENERIMA
  • MENYETOR
  • MENGENDALIKAN
  • MENGANGKUT
  • MEMBAWA
  • MENGHANTAR
  • MENGEDAR DADAH
  • MEMBEKAL
  • BERUSAHA MENDAPATKAN <<< nih! ni apa? tak tau baca rumi kot?
  • MENGIRIM
  • CARA LAIN DI BAWAH PENGUATKUASAAN DAN PERATURAN AKTA INI

So kot2 la kalu hangpa lupa kan, ni aku nak habaq bagi la, 'rewards' yang bakal menunggu hangpa.

Denda.. dalam lingkungan RM 100,000 / RM 5,000 / RM 2,000. Pilih ja nak pakej apa. Platinum ka, bronze ka, gold ka, ultimate ka. Haha.. nak beli topap hempon pun pikir 10x..

Penjara 2 tahun / 5 tahun / 7 tahun / 13 tahun (yg da ada rekod) / Seumur Hidop.. Pegi daa.. nak dok diam2 berkurung dlm rumah pun susah, ni ada hati nak tempah tempat kat penjara pulak.

Sebat : 3 ke 10 sebatan.. Wow.. mandul terus. Elok jugak. Takdak masalah bayi mati kena buang.

Untuk kesalahan pengedaran bwh seksyen 39B, nih paling best :
hukuman mati mandatori.
Wohoho bayangkan sendiri rupa hangpa di saat2 akhir hidop hangpa. Mesti pathetic kan?

Hotel bertaraf 5 bintang ini akan menjadi destinasi hangpa yang paaaaling dekat. Klik gambaq utk zoom dan tataplah puas2 ;)

Jadi, usaha2lah berenti sekarang. Berenti terus! Bukan berenti seminggu dua pastu kawan open ja terus tergoda. Hanya hangpa yang buleh bantu diri hangpa sendiri. Tolong jugak nasihat2kan kawan lain ya. Please share this.