Monday, April 13, 2009

~ARAK DAN BABI

Dulu pernah aku bertanya pembaca² CONFIDENTIAL tentang 'hobi' kebanggaan anak muda kita sekarang ni.

Pertanyaan ni untuk orang melayu/Islam:
KALAU AYAQ ARAK TU DISAMAKAN DENGAN BABI, MASIH SUDIKAH HANGPA
MENYENTUHNYA??? Hehehe.

(taken from CONFIDENTIAL #8, 2002/03)
..
So tetiba plak teringat nak letak ilustrasi untuk pertanyaan tu :
..
Amacam? Ada commercial value tak??? Hak3..
..
TUNGGANG DENGAN CERMAT
Tafsiran orang biasa :
Menunggang motorsikal tu biarlah dengan selamat.
..
Tafsiran orang terlebih 'cerdik' :
Tunggang arak tu elok-elok jangan bagi tumpah, cermatlah sikit, jangan membazir !
..
(Also taken from CONFIDENTIAL #8 2002/03)
..


Sunday, April 12, 2009

~KOLEKSI PIRING HITAM

Aku mula minat simpan piring hitam atau nama omputehnya vinyl sejak tahun 2000. Aku sebenarnya terpedaya dengan sekeping piring hitam Alleycats 'Penyanyi' yang aku beli dengan harga RM 2.00 sekeping. Masa tu player dia (turntable) pun aku belum ada lagi. Tiba-tiba Encik Marimuthu (peniaga barang lusuh ropewalk) telah membuat tawaran hebat yang aku rasa rugi jugak kalu aku nak tolak. RM 30.00 untuk seratus keping vinyl (LP dan EP). Aku pun tanpa fikir lagi terus terima tawaran ni.

Sekarang ni aku dah ada dalam lebih kurang 1000 keping vinyls 7", 10" dan 12". Semua jenis vinyl aku rembat tak kira apapa jenis genre muzik. Dari rock, pop, dangdut, joget, punk, metal, grind, drama radio, hindi, tamil, mandarin, omputeh, sentimental, OST filem dan macam-macam lagi.

Turntable yang aku ada sekarang ni pun dah ada 4. Dari jenis single set, extra amp, portable dan next time aku nak beli jenis digital plak. Minat ni aku develop dari hari ke hari. Dari semata-mata membeli, mendengar dan lani aku bleh convert audio dari vinyl ke mp3.

Koleksi-koleksi yang paling aku sayang macam Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Jamal Abdillah, Allahyarham Sudirman, Search, Gersang dan banyak lagi. Ada jugak yang aku dah jual vinyl aku ni kat kawan-kawan yang kemaruk sangat nak simpan vinyl.

Rasa-rasanya ramai lagi yang sama minat dengan aku. Kalu ada sapa-sapa yang minatnya sama blehla contact aku via emel atau reply blog ni untuk kita sama-sama omong kosong ceta pasal keistimewaan vinyl ni..

^ portable turntable jenis Philips (bleh bwk berkelah) & turntable Kenwood untuk convert audio ^
..
^ vinyls yang selalu aku spin ^
..
^ vinyls yang aku standby untuk convert ^


Saturday, April 11, 2009

~HAPPY TO REVIEW YOUR BLOG

Antara kegemaran aku suatu ketika dulu ialah membuat review. Samada review zine, movies, cd/demos dan website. Semua ni aku sumbat dalam zine CONFIDENTIAL (2001-05).

Sekarang aku cuba nak mereview blog-blog yang aku lawati. Kalau hangpa nak ikuti review ini cuma klik saja link chapter review ini setiap kali singgah di sini, ok?

Untuk permulaan aku pilih dua blog berikut :

LIFE IS TOO SHORT TO BE ORDINARY...
Setelah lebih 10 tahun, ahirnya aku ketemu balik kawan waktu sekolah menengah aku, Faisal Admar dan blog dia yang aktif ni.
Kenapa aku katakan aktif? Sekurang-kurangnya akan ada satu entri baru dalam 2-3 hari sekali dalam blognya dan istimewanya dia menyajikan videoclip lagu setiap Isnin di bawah label Music Monday.
Blog ini dalam Bahasa Inggeris dan ketika review ini ditaip, dia mempunyai 123 followers! Orang glamour nih :)
Pageranknya ialah 3/10, so bertuah la hangpa kalau dia menyenaraikan blog hangpa dalam listingnya. Hehe.
Antara yang best (untuk aku le), semua update life dia akan dicatat disini, jadi kalau hangpa ni takde keje, bolehlah stalk Faisal Admar ni.. :p

ENVY ME
Ok, ini dah hyperaktif. Walaupun Ted baru start blogging, tapi tengok sajalah jumlah entri dia.. Banyak kan ;)
Ini sebab dia menggunakan masa lapangnya di ofis untuk menaip apa-apa saja yg terkini berlaku di sekitarnya dan dalam pemikirannya.
Banyak entri yang lucu-lucu yang boleh membuatkan hangpa tersenyum sorang-sorang. Memang sesuai dengan characternya seorang yang happy.
Waktu review ni ditulis dia sudahpun mempunyai 14 followers. Not bad, huh :)

Kalau hangpa mau blog hangpa direview?
Senang saja. Follow me dan listkan blog ini dalam blog hangpa, insyaAllah, I will write my review as soon as possible.

Until here. Addios :)