• » Last Update Was 7 years ago With : Ayah..

Sunday, February 25, 2007

~IDEA TERENDAM

Kat negara kita ni, satu benda yang takleh kurang ialah kemalangan jalanraya dan penceraian kan? Kenapa semakin advance satu negara, benda seremeh ni tak jugak drop2 dalam statistik.

Aku ngan alom selalu bincang benda ni dua orang. Ala macam expert2 padahal idea kami ni idea terendam, idea yang tak berpotensi dilaksanakan oleh kerajaan kalau datangnya dari mulut rakyat besa cam kami. Ataupun dengan sewenang2nya ada individu yang terdengaq idea ni atau terbaca idea ni (misalnya dalam monolog aku ni lah) mengaku dengan penuh bangga yang idea ni lahir dari otak depa. Memang palahot la kalau jadi macam tu. Lembu punya susu sapi dapat nama. But what am I feeling paranoid about huh? I don’t even think that anybody'll ever read these anyway.

Idea apa tu? Hah, kat kemalangan jalan raya, awat kementerian pengangkutan tidak menetapkan 5 tahun sekali SEMUA pemegang lesen memandu kena jalani ujian memandu. Untuk refresh balik undang2 jalanraya kat kapalahotak dan kapalalutut semua depa ni, yang paling utama sesetengah manusia yang dah bertahun2 memandu/menunggang secara reckless dan tak sedaq kerecklessan depa ni. Dengan cara ni, ada la jugak perkembangan ekonomi tempatan. Why I say that? Sebab takdakla berabuk ja sekolah2 memandu. Normalnya, setiap individu yang pass peksa jalanraya, Cuma p blajaq memandu sekali saja seumur hidop. Macamanala sekolah memandu nak maju. Orang mai sekali seumur hidop. Kalau idea aku dan alom ni terlaksana, dah pasti ramai orang yang fail balik peksa kena p blajaq memandu balik. Kan fair macam tu, daripada buang duit ribu2 untuk repair kenderaan accident lebih baik buang duit ribu2 untuk memandu secara berhemah. Tu la bangang jugak kerajaan kita ni. Nama saja menteri blajaq tinggi, benda macam ni simple pun tak boleh nak pikiaq.

Bab penceraian pun sama. Tapi benda ni kementerian masyarakat kejadah hapa tu kena kerjasama ngan majlis agama. Setiap 5 tahun semua pasangan kawen kena pi dengaq kaunseling dan jalani kursus rumahtangga. Benda ni pun dah tentu boleh sedarkan sesetengah kapel yang dah hopeless dalam perkahwinan depa. Yang celakanya, idea ni ada glitch sikit. Kalau idea #1 iaitu bab lesen memandu tu, bolehla ditarik balik untuk pemandu/penumpang yang ketegaq tak pi periksa. Tapi kalau idea #2 ni kapel berkahwin tu tak mau mai kursus dan kaunseling, takkan nak ceraikan depa <-- haha lawak saja. I mean takkan nak batalkan ikatan perkahwinan depa. Ah, mungkin boleh kaver dengan panggilan ke mahkhamah la jugak, serupa dengan calon PLKN yang tak nak pi course 3bulan tu. Ataupun dibuat macam MARA, blacklist keturunan sekali. So kesimpulannya aku dan alom betui2 yakin idea2 ni boleh kurangkan penceraian dan kemalangan. Manakala peluang pekerjaan dan perniagaan boleh bertambah (skolah memandu nak tambah kakitangan selalu, penganjur kursus kahwin dan kaunseling pun berlumba2 nak jadikan kursus depa sebest yang mungkin). Tapi sapalah kami dua ni. Maka tuan2 dan puan2, inilah yang kita namakan idea terendam. Sekian terima kasih.

Expert kadang2 ja
Tatak Siti