• » Last Update Was 5 months ago With : Ayah..

Saturday, June 23, 2007

~INTRO DARI AKU

Pasai blog @hatitupai nih

Sejak Form One aku mula belajaq mengarang. Sesapa yang pernah sekelas dengan aku mesti pernah baca siri-siri cerita bangang yang aku dah bukukan. Bila aku kemas-kemas bembarang, mesti jumpa balik buku-buku tu. Baca mesti terasa bodow yang amat. Ya la, penulisan budak 13 tahun.. Sampai tingkatan 5 pun aku masih dengan hobi ni. Mungkin bila matriks di Langkawi aku stop sebab banyak distractions (boys..hehe). Lepas abis matrix baru aku trai refresh balik minat ni, bila aku start buat zine (atau majalah fotostat DIY).

So tahun 2001 lahirlah satu zine yang dibagik nama CONTAGIOUS. Zine ni hasil kerjasama aku dan kawan aku Khairil Azuar. Cabaran jugak sebab nak buat majalah tak sama dengan nak buat artikel. Hey, everybody can write, but more efforts kena bagi kalau nak mengedit majalah, tul tak? CONTAGIOUS keluar 2 isu dan slow sebab Azuar pi sambung stadi.

Setahun pastu kot aku sambung CONTAGIOUS dalam bentuk newsletter saja. Senang dan tak payah nak kumpoi bahan artikel sangat. Masuk isu ke 7 aku mula tebalkan balik zine ni dengan nama CONFIDENTIAL. Latest isu CONF ialah sampai nombot 11 lepas tu piap..

Semua zine aku dijual waktu di gig samada di Penang, Melaka, KL, Taiping ataupun diborong oleh kawan-kawan dari negeri lain, and ada jugak aku jual secopy secopy ja by post yang diorder oleh pengikut-pengikut CONTAGIOUS/CONFIDENTIAL.

Sekarang ni punya la baloq aku nak edit zine. Nak buat artikel tu no prob. Kat pc belambak2 tapi semua sekerat jalan. Entah apa nak jadi.

Aku tergerak ati nak buat blog ni sebab dok rasa kebelakangan ni aku dah boleh luang masa online. So ingat nak compile balik mana-mana artikel yang pernah aku publish (yang mana aku boleh recover balik la) dan tulih yang baru. Lagipun untuk buat CONFIDENTIAL isu 12+, aku dah tak dak kesabaran macam dulu...

Mungkin ada yang kata aku ni syok sendiri la apa la.. Well sapa tak riak dengan blog sendiri kan. Haha BIAQ PI!

tupaikaran a.k.a. keyos_CT