Saturday, January 30, 2010

~MELAYU DILEMA

(As appeared in SURAT LAYANG #14, January 2001)

Hei Melayu cubalah usyar
Merusuh kita di sini sana
Kalau bukan sebab politik durjana
Bangsa kita tak tentu hala

Hei Melayu cubalah pusing
Sama bangsa duduk asing-asing
Hak kita dah tak penting
Hidup kita tak ubah macam gasing

Woi Melayu tak sedaq ka lagi
Orang lain semakin menjadi
Tak salah depa la yang start pagi
Anak kita bangun tengahari

Bukan Melayu tak rebut peluang
Bila berjaya mula jadi gampang
Krabat sendiri ditendang diterajang
Orang lain jugak yang dia pandang

Haduhai Melayu cubalah ikhlas
Perjuangan jujur akan dibalas
Kesempatan yang ada rebutlah lekas
Jangan terus biar kita ditindas

Hai..lah Melayu jangan buat naya
Bila susah merangkaklah dia
Bila senang mengada semata
Awat nak jadi Melayu durjana?

(keyos_CT a.k.a. tupaikaran 2001)


6 Comments »:

jahanam!! said...

nasib baik aku orng puteh..

m:or @bol @s said...

aku heran, org kita dok laung satu m'sia hari-hari.. tapi still dok ngata sesama bangsa sendiri.. mungkin satu msia tu sesuai utk bukan sesama bangsa kita kot.. jangan sampai bangsa lain dok berguling-guling gelakkan bangsa kita sudah.. rasanya dah berlaku pun...

Tupai Karan said...

empunya :
1malaysia tu sekadar label "menyedapkan hati" ja yg malaysia ni aman dengan pelbagai kaum n bangsa sedangkan masing2 still lebih pentingkan diri ja

Faisal Admar said...

empunya,

takyah la nak kata tolong bangsa sendiri. laung bagai nak rak... tak kena batang hidung sendiri mmg tak tahu.

pernah kena tipu dgn projek melayu sendiri RM8k projek cacing babi yang dibuat di cititel... december 2 tahun lalu? makan duit haram bangsa sendiri... aku buat dgn cina... projek CC pun tak kena tipu... so, ko nak aku support melayu yg mana 1?

aku repair toilet rumah... melayu buat... kawan parent lg... charge aku rm1k... siap? tak pun. minta lg rm1k konon, nak kena tgk air ni bocor or air bawah tanah... last2 rm2k aku melayang, air masih bocor di garaj keta aku... tak ke bangang namanya??? last2 aku panggil cina buat... rm100 setel. perlu ke aku nak support melayu2 yg x sedar diri tu? nak untung laju mcm air longkang negara jerman!

melayu tolong cat rumah aku... sbb aku nak kasi biz kat melayu. end up, aku kena siapkan sendiri... terima duit half pun da lari... mcm pundek... patut ka aku sokong? aku kasi cina... dia ckp 2 minggu... 2 minggu setel. apa hal beb?

skrng sibuk pula kat penang ni... melayu kena tindas? pundek betol... cina tak kena ke roboh kedai??? main hentam je... pelik betol melayu.

che det dah kata... melayu mudah lupa... masalahnya... belum ingat apa2 dah lupa... apa hal beb?

Faisal Admar said...

cik tupai sila jgn delete wa punya komen! panas!

Tupai Karan said...

faisal, tak delete pown, cuma lambat login so xprasan ada comment..

ya btoi apa yg faisal tulih tu, rata2 kita tgk melayu "kalau nak berjaya/kaya", mesti nak penaya org, bisnes nak markup lebih2, kalau da kena tipu tak puas ati, bukan nk tolong bgtau kat semua kwn2 len utk hati2 tp lagi giat nak menipu org lain plak to cover dia punya rugi..

kesimpulannya cam aku tulih dalam confidential #8: kat sapa lagi kita nak kata kalau bukan kat diri kita, sebab sapa lagi nak kata kat diri kita kalau bukan KITA??? lolx

Post a Comment

Komen saja.. bkn spam :)