Wednesday, February 23, 2011

Boleh Bikin Harta Pusaka

Nak buang sayang, nak jual tak patut, nak simpan menyakitkan hati tapi terpaksa simpan jugak. Ni yang susah jadi seseorang yang tak boleh nak let-go, maupun barang, or kenangan. Sangat sentimentol.

Memangla reta tak boleh bawak masuk kubur. Tapi macam aku kata tadi la, nak buang sayang pulak.

Ni hah aku cakap pasal 2 benda mainan aku yang masih elok dalam jagaan. Tamagotchi yang aku baru beli around 2004. Waktu tu kerja kilang. Hah, beli guna duit gaji la. Bukan cam budak-budak zaman sekarang mak bapak taboq duit ja. Dah lama sebenarnya mengidam tamagotchi ni. Penah sorang classmate dulu bawak waktu kelas Agama. Skali pet dia bising nak mintak makan, uztazah pun rampas tamagotchi tu. Haa tu lah bawak lagi masuk kelas.



Saturday, February 19, 2011

Dah Tambah Link ChurpChurp Kat Blog

Instant. Dari petang sampai ke malam aku punya dok pulun siapkan footer post ada ChurpChurp. Kalau kamu klik, 5 windows baru akan dibukak sekaligus, senang tak payah lagi nk klik banyak-banyak. Teknik multitab ni telah praktikkan sejak pasang internet kat umah iaitu around 2009 (tu pun blajo ngan sorang sifu nih hehe). Sebab skali connect internet tak larat nk klik satu-satu : gmail, blog @hatitupai, blog rahsia, travian, dashboard dan web2 PTC yg aku join.

So here. Cuba expand post aku ni dan blh tengok ada footer baru kat atas facebook share dan twitter. Agak serabut jugak nk meng-align. Klik kalau berminat nk tau apa campaigns ChurpChurp yang aku share. Thanks in advance :)


Tuesday, February 15, 2011

Blogger Kanak-Kanak Kalau Melatah, Bahaya Woo!

Susah macam ni. Kalau dia terima A, maka A lah. Jangan kita nk cerita B atau C, awal-awal akan ditolak punya. Silap-silap kita boleh tengok orang muda melatah sampai lupa sopan santun dan diplomasi secara elok.

Alkisah. Ditakdirkan seorang sahabat ni betul-betul punya bengang dengan aku. Alasannya mudah, aku membongkarkan aktiviti blogging dia yang kurang beretika. Mula-mula pelik jugak dibuatnya. Kenal tidak apa pun tidak, tiba-tiba saja mencarut bagai nak rak. Orang lain yang makan cili, orang lain pulak yang rasa bahang pedas.

Oleh kerana kekurangan respons yang diharapkan dari aku, beliau cuba pula cara lain iaitu menjaja dan menyebarkan fitnah tentang aku. Sedih tak terkata sebab ramai pulak yang turut terjebak dengan permainan fitnah yang dia cuba buat. Masing-masing terima bulat-bulat tanpa kaji selidik lagi. Macam ni kah yang kita harapkan dari arena blogging kita?


Sunday, February 13, 2011

BUKU : Perjalanan Yang Tidak Direstui by Mohd Farid Ariffin

Sebelum ni aku ada tulis pasal buku Kisah-Kisah Seram oleh penulis Singapura, Othman Wok. Hari ni aku nk kongsi pula satu lagi buku yang jadi kemestian utk aku baca every 5 years.
Terbitan Utusan Publications & Distributions, cetakan pertama : 1979
Perjalanan Yang Tidak Direstui ni berkisarkan satu keluarga consists of 5 org - bapak, mak, kakak umur 10 dan 6 tahun dan anak bongsu lelaki yang berumur 2 tahun. Keluarga ni mengambil keputusan pada 15 November 1977 untuk memulakan perjalanan dari London ke Malaysia melalui jalan darat. Ya, dengan sebijik kereta VW Beetle 1300 buatan tahun 1969.


Saturday, February 12, 2011

Tolonglah Jangan Kelirukan Orang Lain

Masih lagi membebel pasal isu blogosphere tempatan iaitu penggunaan iframe. Warning : Entri ni panjang dan takdak gambaq.

Let's see. Aku tak sangka selepas menulis pasal inline frame ni, ramai yang baca. Maklumlah blog kerdil yang kurang aktif macamni sapa la nk tengok. Selepas aku ping saja kat gengblogger pukul 12tghmlm, berduyun masuk utk baca apa yang aku nk sampaikan.

Petangnya seorang blogger menulis entri menjawab kepada entri aku. Ni disebabkan satu gambar yg aku tempek menunjukkan jelas-jelas kod 'backlink' yang dia distribute, yang mana terang2 ada hidden iframe dlm kod dia.


Friday, February 11, 2011

Struktur Kod Inline Frame Dan Banner Yang Perlu Kamu Tahu

Lepas beberapa hari pendedahan yang aku buat dalam entri Semakin Ramai Blogger Gemar 'Curi' Trafik Blog Lain, lega bila tengok dah ramai yang mula alert dan amek tindakan memeriksa source code di blog masing-masing. 

Ada yang masih keliru kerana tak familiar dengan kod-kod HTML nih. Di sini aku bagi 3 contoh struktur HTML yang mesti kamu tahu.

1) Banner atau image
Paling basic. Kod ini menunjukkan nama file dan lokasinya di www. Beserta option modifier image tu macam ukuran ketinggian/lebar image dan border keliling image.


Monday, February 07, 2011

Semakin Ramai Blogger Gemar 'Curi' Trafik Blog Lain

Perhatian! Jangan jadi mangsa! Blogger kita semakin maju sekarang. Dah pandai manipulate kod-kod HTML simple untuk kepentingan blog. Nak glamer lebih, tektik kena la upgrade kan?

Let me tell you something about HIDDEN INLINE FRAMES.

Bila kamu letak kod ini di blog, dan frame ni memaparkan satu page, secara auto bila blog kamu dapat pelawat, page yang dalam frame itu juga dapat pelawat kamu.

Sorry for crappy illustration. No time to design properly

Contohnya frame kamu link ke page google.com.
Bila pelawat sampai blog kamu, visitor kamu +1, google.com pun dapat +1 (visitor yang sama).

Nampak tak google.com tak perlu dibuka tapi dapat pelawat jugak?

So macamana kalau dalam frame tu ialah blog orang lain?


Thursday, February 03, 2011

~CARA UNTUK TRAFIK MENDADAK NAIK!

Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk tarik trafik secara mendadak tapi yang ni sangat berkesan la aku tengok. Dah ramai bloggers guna, maka aku pun tak nak ketinggalan jugak. Iaitu meninggalkan komen di entry post rakan² blogger hangpa, bukan setakat di shoutbox sahaja.

Kenapa?

1) Bila komen yang hangpa tinggalkan menarik hati penulis entry tu, dia akan take note akan kewujudan dan perhatian hangpa. Therefore, lepas ni katakan kalau hangpa update saja blog, mesti kawan² baru hangpa tu tak sabar nak tinggalkan komen. Sebabnya? Nak bagi hangpa pulak tertarik untuk kembali ke blog depa lagi selepas ini. Benda ini akan 'loop' dan secara tak langsung boleh membina hubungan dua hala.

2) Banding dengan tinggal jejak di shoutbox, komen dan jejak di entry adalah lebih permanent. Kalau kat shoutbox, lepas berapa hari sistem akan delete page yang ada jejak hangpa untuk bagi laluan page baru shoutbox tu. So sia² kan?