• » Last Update Was 3 months ago With : Ayah..

Monday, November 29, 2010

Award Dari Omu Rice

Wah aku dapat award lagi. Ada gak kawan blogger yg sudi bagi kat blog yang cacamarba ni. Terima Kasih untuk Omu Rice sebab pilih blog @hatitupai ni.

Since aku da penah dapat award  Beautiful Blogger ni (tengok sini) so aku tempek gambar yg sama jugak lah.


Friday, November 26, 2010

Bila Aku Halimunan.....

first of all aku mesti nak sembunyi dalam kedai buku. bila malam tokei kedai tarik grill tutup dan blah balik umah ke pangkuan anak isteri, maka aku akan mula beroperasi. berbekalkan torchlight Nerf aku akan belek habis section buku-buku yang aku minat. kalau boleh aku nak tabur2 buku lepas tu golek2 macam heroin hindustan. bahagia...

ataupun aku akan sembunyi dalam kedai alat muzik. terai test dram sampai patah stick. gedik doublepedal ala2 Beat The Bastard. takpun goreng gitar karen ikut suka layan prophecy buang sejam dua. lepas tu amek mic melalak BYOB ka.. biar sampai penuh kahak n air lioq kat mic baru aku stop.. nikmat..


Tuesday, November 16, 2010

Uncle Seekers Yang Panas

Seperti biasa, sikap terlepas keretapi ni buat aku slalu ketinggalan jauh dalam kes2 sensasi dan terkini dan terpanas dan terhangat. Hah mula nak mengarut la tu. Dan kalau aku dapat tau pun selalunya jadi pembaca senyap ja. Malas nak story atau buat ulasan di blog sendiri. Hari ni lain sikit.

Belumpun kisah AC yallll dan kes gelangnya selesai [Link 1][Link 2][Link 3], kisah pasal Uncle Seekers pulak. Loh. Ada blog jugak orang tua tu. Tapi biasa saja. Tak dak apa benda istimewa. Tak dak hantu yang keluaq. Tapi speechless ngan stori Uncle Seekers dan Permaisuri Siti Aisyah yang didakwa 'cinta syyhh'.


Monday, November 08, 2010

Baru satu komen contra sudah tersentap

Quick entry. Hari ni tiba2 datang mood nak blogwalking. Dan sampai ke satu blog. Dengan takde niat buruk ke hapa ka, aku tolong meninggalkan komen di entri blog tersebut. Eh skema plak. Ok la tu dari singgah setakat riuh2 kat shoutbox ja?

Ditakdirkan la komen aku tu tak menepati citarasa empunya blog. Terus dia buat entri baru dan PRINTSCREEN KOMEN AKU BESERTA EMAIL AKU. Aku tak kisah nak printscreen ka apa ka, tapi hairan saja sebab kat kotak komen tu dah tulih email adalah required dan tidak akan disiarkan. Apa dah jadi ni?


Thursday, November 04, 2010

What's the point of updating your blog if you're just copy pastaing?

Sejak kebelakangan ni kalau aku pegi jalan2 blog memang sukar nak jumpa blog yang betul2 buat aku jatuh cinta sampai siku gatal klik follow. Serius bhai kalau bukan sebab widget berat berkati-kati babi dah tentunya content pulak yang pointless atau i've seen/read it elsewhere.

but shit today aku nak bising tentu pasal content la. Kenapa susah sangat nak tulis benda original sikit? tapi 'these people' cari jalan mudah dengan copy paste dari email or worst dari web/blog lain just to make sure blog depa sentiasa updated dan berada atas blogroll orang lain. sekarang pulak trend "sharing" dari facebook. nampak benda best ja, share. benda yang kunun hawt, share.