Memang gempar! Memang hype! Sekarang tak perlu login2 facebook lagi kalau nak buat duit. Hanya korek hidung dan rajin2 check inbox saja, duit masuk macam ribut. Setiap detik ada saja yang mahu berkongsi testimoni kejayaan mereka. Cubalah baca yang terpilih berikut, boleh meremang bulu pusat ooo..
Gjot Weewitt
testimonial: dulu saya sering dikejar ah long..skrg saya pula mgejar ah long krn xmbayar duit RM5 juta yg mereka pjm..terima kasih KHD RM100!!
Rahimin Idris
Dahulu saya terpaksa memasak nasik lemak malam2 buta untuk menyara anak kucing jiran saya. Kini syukurlah setelah dapat akal mengorek hidung, saya tidak perlu lagi bersusah payah. Setiap kali korek dapat RM100. Menitis air mata saya sambil tahiyat akhir di depan mesin ATM kerana melihat duit berlambak-lambak keluar dar...i mesin ATM. Saya tekan RM10, tapi keluar RM1juta. Saya sudah mendapat kebebasan kewangan. Anda bila lagi?!! *sambil mengorek dua2 lubang hidung.
Tupai Cavalera
Progress aku selepas LAPAN jam aje : lobang hidung semakin expanding diameternya.. maka lebih byk yg dapat dikorek = LEBIH BYK $ so aku sediakan spillover dan sedekah downline kepada yg daptar KHD100 under aku. Bonus taik idong randomizer & ebook boleh diunlock lepas login kat members area ok.. Bestnyeeeeeeeeeeeeee
Klangkluzt Nasteraphy
TESTIMONI: dulu jari jemari sye mnghadapi penykit Gout yg tenat, tetapi stelah mgamalkn KHD, penykit gout sya telah hilang bak pasir2 di jalan yang disapu cleaner...terima kasih KHD RM100!!!!
Nama Saya Syawal
TESTIMONIAL: pihak bank telah memberi amaran kpada saya utk tidak menyimpan wang ke dlm akaun lg krana pihak bank tidak dpt menampung kemasukan duit saya yg sgt banyak..
KHD100 the best..
Brew Gresika
Testismonial: Dulu saya bekerja sebagai despatch kedai potong di batu 14 puchong, siang malam dikerah tenaga. Bila takde duit, siapa yang nak pandang kita? jangankan gadis, anjing pon kencing kat kasut adidas uptown saya. Macam-macam cemuhan yang saya terima, baru 2 bulan tak bayar sewa bilik yang saya sewa di setingga...n kayu ara, tuan rumah dah panggil konco-konco along untuk menuntut bayaran sewa. sampai begitu hina saya diperlakukan. Tapi kini setelah saya diperkenalkan kepada KHD100, kini bukan sahaja mampu membeli rumah semi D di tropicana, tapi juga dapat menyaksikan Augusta Masters 2010. Dapat juga saya menyaksikan idola saya, Tiger Wood di depan mata. Insya Allah, saya akan cuba mempelawa beliau bersama menyertai KHD100. Anda mungkin tidak percaya, tapi apakan daya "Money are not born, they are created"
So tunggu apa lagi? Jom sertai MLK (multilevel koreking) ini hari ni jugak!! Klik sini untuk join --> KOREK HIDUNG DAPAT RM 100
P/S : Tak sesuai bagi yang tak tahu makna sarcasm..ehhehe
10 Comments »:
hahaha.. ok..nice.. i like!
jenguk lagi...nice entry
Nay-MrsNurl :
Xnak terai ke..hehe.. manalah tau nanti boleh jd jutawan.. ;p
Tokan :
Trimas..
hahaha..dah lama dah mencebur bidang KH ni..tp takderlah secara komersil..ahahahaha...
kah3.. nice reply.. sama ar aku pown, da tiba masanya jadikan KH sebagai sumber pendapatan tetap..
huhuhuhu lucu pun ada.. tergelak saya sorang2x baca testimoni nih..
Tak boleh gelak llebih, kang pecah perut... :D
haha AJ.. grup ni lah 'MLM' latest.. cuba tgk kat fb, mcm2 testismoni dok ada
Hehehe dok ushar2x gak.. cam2x gambar ada.. huhuhu
saya copy artikel ni dan letak di blog saya. http://izharyahya.com kredit diberikan kepada anda
izhar:
ok terima kasih sbb inform dulu, tak macam setengah org tau copy paste xbagitau (plagiat).. hehhe
Post a Comment