Wednesday, April 21, 2010

~NAK KAYA CEPAT? JOM MENIAGA NASIK LEMAK

Petuanya, nasik tak payah lemak2 sangat pun takpa. Asai balut ngan deun pisang tu kira harum sangat la. Kalu modai tak cukup, guna kertas coklat pun xpa. Nasik pun xpayah banyak. Sejemput ujung jari pun jadik la. Orang bukan nak makan sampai kenyang tersandaq pun.

Ikan bilis? Kira dulu wei sebelum letak jadi lauk. Jangan harini letak 3 ekoq, esok terletak 4 ekoq pulak, buleh BENGKRAP KAMPENI ooo. Kacang atau udang pun ikut konsep sama.

Cabai? Biaq merah menyala dan banyak serdak2 tapi tak rasa apapa. Guna pewarna kot. Hihi.

Teloq? Pilih gred D. Rebus dan potong 24 bahagian. Kalau boleh lagi nipis lagi bagus.

Balut tebai2 bagi nampak cam sebungkoih tu nasik banyak. 1st impression tu penting. Don't worry meniaga nasik lemak bukan pelanggan buleh 'test rasa' macam meniaga durian.

Apanya? Tak buleh kaya pun meniaga nasik lemak?? Tau takpe. Kalau da tak buleh tu, harga biaq patut2 la ngan kualiti n kuantiti makanan yg hangpa juai. Toksah la dok penaya orang ramai. Dosa tau.

Dah tu kalau kena komplen, macam2 la alasan : harga petrol naik la, garam mahal la, ikan bilis barangan terkawal la, cabai susah tumbuh kat malaysia la, beras kena import dari tibet la, ayam haiwan terancam la... Apa ke neraka ni!!!



12 Comments »:

AJ said...

Pagi ini tak sarapan apa-apa.. ingat sok nak pekena 2 bungkus nasi lemak r.. hohoho

Biz nasi lemak pun boleh kaya ka ka?
Rasanya takat nak survive leh r..

Tupai Karan said...

mmg xleh kaya.. tp tengok rata2 org meniaga nasik lemak skang letak harga xpadan sungguh..

En. Waldo said...

ni mcm dah terkena n. lemak hampeh je ni

Tupai Karan said...

xdak tkna pun.. tp mana2 p pun tgk smua juai mahai2.. sedap xdak la sgt

En. Waldo said...

kekekeke...nk sedap buat sendiri la.

Pert Doherty said...

Haha.. meniaga kalau jujur lagi bagus.. kita nak customer lekat sampai kiamat.. biar untung sikit.. tapi berpanjangan..

ada 2 konsep jual makanan:
1.nak kaya
2.nak tolong org ramai

kalau pilih yg no.1 tu.. mc donald dah buat.. (banyak rahsia fast food yg buat kita mual)

kalau pilih yg no.2 tu.. insyaallah banyak berkat.. orang yang makan pun senyum bukan menyumpah..

Tupai Karan said...

waldo :
laa mana hg tau aku wat nasik lemak seniri memang sedap pown.. hehe mak mentua puji lagi tau ;)

pert :
alhamdulillah.. btoi kata hg, kalu kita meniaga xkan kita nak pelanggan dok sumpah seranah kita.. meniaga xlama la gitu

Faisal Admar said...

haha. sure peniaga melayu! bangsa ku... oh bangsa ku.

bila org melayu nak belajar meniaga mcm cina? memang la zaman british dulu melayu di bhg pentadbiran, cina meniaga dan india estate. tp, india buleh pulak maju no? melayu? konon bangsa terpilih... isk2... sedih wei

Tupai Karan said...

faisal:
kita da banyak lemak dah.. nak duit byk2 usaha sikit2 ja.. sebab tu peratusan yang terjebak dengan MLM yg bg janji hype tinggi melambung tu org melayu jugak..

luna said...

mmg susah nak cari nasi lemak yang betul2 sedap :(

Tupai Karan said...

luna :
ada kot, cuma harga ja geleng kepala (tapi beli jugak hihi)

fieznur said...

macam yang eden selalu terkena...

Post a Comment

Komen saja.. bkn spam :)