Tuesday, August 31, 2010

100 Orang Penulis Dicari

Baru tatsat aku dapat invitation untuk join blog 100penulis.blogspot.com. Well ekceli aku seniri la yg mintak.. Haha.. Sementara masih ada stok.. Sebab aku tgk tu blog baru.

Blog ni aku rasa macam tempat nak ping jugak la, tp ada access untuk sapa2 yg da jadi editor kat situ. Aku tertarik jugak dengan ayat ni:

"Jadi jika anda juga seorang yang tidak mempunyai masa untuk menyelenggara satu blog sendiri, maka blog 100penulis.blogspot.com inilah jawapannya."

Means, kalau hangpa ni malas nak buat blog sendiri, join la blog yang ni sebab nak promot/tulih apa pun xpa punya. Tambah kalu nak pomot bisnes online hgpa.

Dan aku rasa tertarik sebab, trafik. Yes. Sapa xnak kan. Blog tu target 100 editor, dan katakanlah satu editor leh bawak 5 org kawan untuk jengok blog tu, so potensi entry kita (as editor bersama) leh jadik 5x100=500 pelawat. Ok pa. Blog hatitupai ni nak cecah 200 unik visitors sehari pun merangkak..

Aku tak risau join blog tu, sebab aku rasa blog tu fresh dan bukan dari domain sesapa. Mungkin founder blog tu someone yg kita da kenai, tp stakat ni tak tau lagi sapa dia. Jadi kepentingan dikongsi bersama..

Ok aku promot macam baaaaik kan? Haks.. Join weh.. Antaq ja emel kat si 100penulis(at)gmail(dot)com tu, nanti dia reply invitation.


Sunday, August 29, 2010

Zikir Plus Dikir : Akibat Hilang Pertimbangan

Agak terlambat untuk diulas perihal video satu geng student perempuan berzikir remix dikir yang banyak tersebar dalam facebook dan blog-blog hiburan. Tapi tergerak juga hati ni nak diskas ngan hangpa jugak. Boleh?

1) Kita marah sebab depa yang terlibat semua bertudung
Automatik depa dikecam sebagai penambah rosak pada imej gadis/powmpwan bertudung keseluruhannya yang dah semakin rosak

2) Kita marah lihatkan air muka salah sorang depa tu yang pura² nak muntah dengar kawannya mula berzikir.
Kalau pada mata aku la, si muka pelik tu taklah sampai nak gelikan zikir tapi pura² menyampah dengar suara kawan je. Contohnya:
A: Maklumlah, aku ni hensem, kacak pula.
B: Wekk.. Nak terkeluaq isi perut dengan statement tu.. haha

3) Ibu bapa depa disalahkan
Nak kata pesalah² ni kanak² lagi, mungkin pada perangainya ya, tapi takkan mentaliti pun sampai nak diheret makbapak, kononnya tak cukup diajar (atau bahasa mudahnya: kojaqq).. Setengah manusia ni ada yang dah diberikan yang terbaik oleh parents, tapi akibat salah pergaulan dan hilang pertimbangan, jadi la macam² kes seangkatan dengan kes zikir+dikir ni.

TAPI KAN, KAT MANA PULAK PERTIMBANGAN KITA BILA :


Instant Blogging

Keputusan dah diambil. Aku nak berinstant blogging jugak. Taip ja apapa yg terlintas. Tak payah lagi nak susah taip draft dulu lepas tu baru paste sini.

Masalahnya aku tak percaya sangat dengan kelancangan tangan aku ni. Tengok tu. Satu benda negetip telah terbongkar.

Kalu sebelum ni aku publish benda² yang dah dipertimbangkan 2-3 kali, taktau lepas ni macamana pulak. Sebab aku tak mau blog ni alih² cerita benda personal dalam rumah. Ataupun buat ulasan sebaris dua dari berita terkini.

Lagipun ilmu hal semasa ni aku lembab skit. Ada tu ada tapi 'pelamas' yang amat nak taip. Ye, sapa nak baca? Nak diikutkan aku lagi puas edit dan tulis zine (majalah fotostat d.i.y), disebarkan di kalangan kawan2 seperjuangan serata negara, daripada menulis blog. Puas bila orang beli zine aku, dibaca dan disimpan elok². Kalau blog ni, org baca sekali ja. Tupun ada yang tak baca terus. Yang tau, singgah blog aku ni sekadar untuk jemput aku balas lawatannya.

Takut kalau aku terkerap pulak update blog. Kang ada yang rasa 'menyapu-sampah'. Hehe.

Well. Let's see what will happen.


Tuesday, August 24, 2010

Don't Always Sleep Late!

Here's something to share today :)


The main causes of liver damage are:
1. Sleeping too late and waking up too late are the main cause.
2. Not urinating in the morning.
3. Too much eating.
4. Skipping breakfast.
5. Consuming too much medication.
6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.
7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.
8. Consuming overly done foods also add to the burden of liver. Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.

We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our body to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule.'

Because:
Evening at 9 - 11pm: is the time for eliminating unnecessary/ toxic chemicals (de-toxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music. If during this time a housewife is still in an un relaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact on her health.


Evening at 11pm - 1am: The de-toxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state. Early morning 1 - 3am: de-toxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep state.

Early morning 3 - 5am: de-toxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the de-toxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process.

Morning 5 - 7am: de-toxification in the colon, you should empty your bowel.

Morning 7 - 9am: Absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30am, for those who are sick. Breakfast before 7:30am is very beneficial to those wanting to stay fit. Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9 -10am rather than no meal at all. Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals. Aside from that, midnight to 4A.M is the time when the bone marrow produces blood.

Therefore, have a good sleep and don't sleep late.

Taken from : http://www.sooperarticles.com/health-fitness-articles/liver-damage-dont-always-sleep-late-2086.html


Wednesday, August 11, 2010

Betulkah Anda Berdoa?

Saban hari saya tengok makin ramai yang berdoa di status facebook dan dalam sms saja. Pelik kan? Memang tak salah berdoa tapi mana perlunya doa-doa personal diumum dan dihebah untuk tatapan orang lain?

Contohnya :
"Ya Allah, tabahkan hatiku untuk menghadapi masalah yang satu ini". Kemudian di'Like' beramai-ramai oleh kawan-kawan.

Persoalannya mana perginya adab-adab berdoa? Kenapa doa tak lagi diluahkan di atas sejadah, berpakaian lengkap tutup aurat, suci, berhati jujur dan rendah diri? Ataupun dalam majlis-majlis ilmu? Ataupun sebelum dan selepas melakukan pekerjaan?


Tapi tidak. Doa-doa anda diluahkan pada kotak status, kemudian tekan PUBLISH, tunggu reaksi kawan-kawan. Bukan lagi dengan tangan menadah doa tapi dengan mata terkebil-kebil memantau wall facebook anda.

Yang mana kawan-kawan sedang berportable internet dalam jamban ke, tengah buat benda-benda tak senonoh ke, semua baca dan tekan LIKE.

Anda kata anda berdoa untuk kesejahteraan kawan-kawan semua? Ya, perlukah juga dihebahkan? Apa matlamatnya? Anda mengharap balasan doa juga? Anda mahu disukai kawan-kawan? Jadi anda tidak ikhlas! Tunjuk alim!


Doa sms? Ini lagi satu. Kadang-kadang doa hanya diforwardkan saja, bukan ditaip lahir dari hati sendiri. But then, apa perlu anda hantar sms doa personal itu kepada orang lain? Adakah si penerima yang akan tunaikan hasrat anda?

Berdoalah dengan cara yang betul. Saya nasihatkan anda semua bukan bermakna saya ni pun nak tunjuk alim juga tapi untuk ingatan kita bersama.

Di mana adab berdoa anda? Sekiranya doa pun anda anggap perkara main-main, remeh-temeh dan bukan ikhlas serta tak serius atau tak really-really mean it, lebih baik anda simpan dan tunggu saja masa yang sesuai dan emosi anda stabil.

Berdoalah kepada Tuhan Maha Pencipta kita, bukannya untuk mendapat approval atau sanjungan orang.

Selamat berpuasa. Sampaikan nasihat dan amanah saya ini kepada rakan-rakan anda.




Saturday, August 07, 2010

Hidup Berhutang Adalah Stylo

"Owh bang.. Banyaknye perabot-perabot baru ni. Aww bang ailebiu bang. Ni tivi beso yang perrii ni kita bagi kat jiran toksu yayang buleh ka.."
"Buleh yang.. Abang beli semua ni 30 hari tanpa bayaran dari Chords Mahmood yang.."

Respek kan? Beli tapi tak keluaq duit pun? Camna ye akad jualbeli dalam kes2 camni?

Kata Puan Shila Majdi pula,
"Keluarga saya minum air tapis yang terbaik. Bagi saya, BERLIAN WATER FILTER lah yang terbaik. Hanya bayar dua hingget sehari, anda dapat percuma."

Ni lagi super. Kalau guna sistem ni 5 tahun, so kena bayar RM3650 untuk dapat percuma ye? Menarik sangat. Apa ke neraka ni?

Sekarang baru aku paham hidup berhutang dan membayar ansur2 ini adalah sangat stylo untuk masyarakat kita. Biar papa asal bergaya dan mewah2 gitu. Bayar belakang cite.


Iklan Youthsays Menyemak Dalam Shoutbox?

Tadi terbaca satu entri bertajuk "Promosi iklan Youthsay di kekotak mesej". Penulisnya menggambarkan tak berapa berkenan dengan sikap sesetengah blogger yang menyalahgunakan shoutbox untuk mempromosikan link youthsay depa.

Aku pun camtu jugak. Tapi aku atasi dengan cara memBANNEDkan link youthsays tu. Caranya sangat la mudah.

Untuk shoutmix :

1) Masuk dashboard shoutmix hangpa. http://www.shoutmix.com/main/login.php

2) Pilih Ban Control di bawah menu SECURITY


3) Masukkan malaysia.youthsays.com dalam banned URL


4) Test out : logout dari shoutbox hangpa di web tu dan juga di blog terai taip apapa yang ada link tu, nanti keluaq camni

"The URL malaysia.youthsays.com has been banned from this shoutbox.
Kindly edit and resubmit your post."


5) Haha. Jangan ingat leh trick aku pasni ngan link2 cloak lain. Aku xtekan nye


Friday, August 06, 2010

Lagi-Lagi Tekken

1) REVIEW FILEM TEKKEN
1st of all, fyi, aku bukanlah button mashers dan bukan poseur dalam meminati game Tekken, ok? Setelah beribu-ribu ringgit habis dilebur di mesin Tekken, beratus jam kematu pungkoq, berpinar mata mengadap skrin, berpuluh-puluh kedai dijelajah demi menghilangkan kegianan (aik ni da macam iklan Olay plak), tentulah filem Tekken ni ditunggu-tunggu bukan saja oleh aku tapi oleh para gamers lain dengan harapan tinggi menggunung.


Tarikan utama filem ini ialah curiosity penonton pada barisan character yang bakal muncul serta moves yang menjadi identiti characters itu sendiri. Jalan cerita memang awal-awal lagi out ditolak belakang la sebab seperti filem-filem lain yg diadaptasi dari game, memang hampes dan tak masuk akal.

Characters yang ada pun hanyalah Heihachi, Kazuya, Jin, Jun, Nina, Anna, Steve Fox, Bryan, Yoshi, Eddy (digemari mashers..hoho), Christie, Miguel, Dragunov, Raven, dan Marshall Law (awal-awal dah out.. haha). So jangan expect nak jumpa Paul (bukan si sotong), Baek, Hworang dll. Apatah lagi Kuma/Panda, Roger dan Mokujin. Hehe

Overall aku amat kechiwa dengan filem ini. 70% difokuskan kepada Jin dan tournament Iron Fist dan selebihnya baru pada watak lain serta diselit sikit adegan-adegan 18 SX. Anna Williams misalnya, sekadar menayang muka ketika pengumuman peserta tournament, menjadi assasin upahan bersama kakaknya Nina untuk menghapuskan Jin, dan pe'meriah' bilik tidoq Kazuya.

Babak pertarungan laaaagilah frust. Penonton expect moves2 yang lebih cantik dan mencerminkan character, tapi rasanya bercelaru skit choreography menyebabkan moves2 nampak terlalu ordinary macam filem-filem fight lain. Ini pandangan aku ajelah, orang lain tak tau pulak.

Bahagian klimax filem di mana Jin berdepan dengan Kazuya yang jaki dengan kemenangan anaknya itu pun tak digarap dengan excellent. Takde istimewanya babak ni, tambah pulak takdak langsung cedok 'toria' atau 'derg'. Ulat dash jangan cakaplah. Hehe. Atau mungkin mata aku yang kero.

Last verdict: Okeylah. But don't expect too much. If you're not a tekken lover, you'll probably hate this movie. Filem tanpa sinaran matahari ni dijamin membosankan dan mengelirukan..


2) CONTEST NUFFNANG UNTUK KE PREMIER SCREENING TEKKEN

Hangpa ingat tak baru-baru ni aku ada cuba masuk contest nuffnang untuk tengok premier screening Tekken. Klik sini untuk tengok entri tu (klik sini untuk open new window).

FYI, lepas beberapa hari, aku dapat invitation dari Nuffnang untuk claim tempat di GSC Tropicana City Mall pada 4hb, iaitu sehari lebih awal dari tarikh tayangan seluruh negara. Tapi sedih betul, aku terpaksa melepaskan tempat aku atas sebab-sebab masa, lokasi dan plan peribadi yang tak mengizinkan.


Ini invitationnya. Sangat-sangat besar hati sebab ni contest pertama aku join, tak sangka dapat pulak. Terima Kasih Nuffnang.


3) LEPAS GIAN SIKIT..
Untuk release kecewa aku dan Pakdin yang terpaksa lepaskan tempat ke premier screening tu, kami cuma melawat balik kedai yang satu masa dulu (cewah) pernah jadi tempat lepak @ rumah kedua geng-geng Cosmic.BJ.

Gemuk tul pompan rabun ni.. hahx

Speaking of geng Cosmic.BJ, satu lagi kekecewaan, kita dah janji dulu akan serbu panggung bila movie ni release, tapi sayang, kita semua dah jauh dan tak sehappening dulu. Wohoho ayat flower plak.


4) SESUATU YANG PELIK PADA HEADER BLOG @HATITUPAI
Benda ni aku sempat capture SEKALI saja. Sebab muncul pun sekali saja lepas tu takdak dah.. Waaawooowowwo

Klik utk zoom+/-

Cun kan banner iklan Nuffnang ni.. cam padan ja dengan header n tema warna blog aku.. Awat keluaq sat sangat.. Hiks


Wednesday, August 04, 2010

Gantung Sampai Mati, Tahu?

Mentang-mentang hangpa belum tertangkap sebab isap syabu, ganja semua tu, telan itu ini, selama tu la hangpa nak jadi hamba dadah ye? Depan orang berlagak normal, bila malam, tergedik2 dah start calling2 cari kaki, cari tokan, cari port..

Semata-mata nak lepaskan ketagih hangpa dengan racun dan najis tu!
Najis = Tahicks

Kadang-kadang kata tobat, nak berenti? Lepas tu kena goda ngan setan2 lain yg sama 2x5 tak buleh berenti, so hangpa pun isap balik benda2 tu semua?

Tak rasa apa-apa ka? Buleh release tension ka? Rasanya tak kan? Sebab layan benda2 tu semua dalam takot2, line kena kaver2?

Kalau cakap pasal mati, buleh pulak kata tak bersedia. Sebab? Konon amalan tak cukup. Ilmu nipis lagi kat dada. Dah tau tu, apa sebab nak jadi hamba lagi? Pi la amek ayaq smayang, pi capai sejadah, semayang, lepas tu berdoalah.

Berdoalah mintak petunjuk dari Allah. Luahkanlah semua yang berat dalam hati dan jiwa. Mohonlah diberikan kawan-kawan yang baik dan membimbing. Bukan yang menjahamkan hangpa. Melingkopkan hangpa.

Kalau kena tangkap? Kawan2 nak kaver hangpa? Sori la. Tara tak kena tangkap pun mesti konflik barang jual tak fair la, duit tak bagi la, duit tak sampai la.. Beb, pasal duit, kawan buleh melayang la.

Nak pakai rantai leher macam ni? Tempah la sekarang.

Ooo so isap ais la pebenda ni xpa? Normal? Trend? Kawan2 baru kenal pun mengaku ada amek benda ni, so tak yah segan? Leh open sama2? Satu kepala? Sporting? Sempoi?

So isap benda2 ni semua only part time la? Depan still normal macam org lain? Cuma isap ja bukan jadi pusher pun?

Tau x dalam Akta Dadah Berbahaya, hangpa dah pun dikira MENGEDAR DADAH? Tanya awat pulak aihh tupai, aku beli isap sorang ja bkn aku joi kat org len.. Wei babun.. baca ni naa :

MELAKUKAN SALAH SATU DARI PERBUATAN-PERBUATAN BERIKUT DIANGGAP MENGEDAR DADAH BERBAHAYA
  • MENGILANG
  • MENYOROK
  • MENGIMPORT
  • MEMBELI
  • MENGEKSPORT
  • MENJUAL
  • MENYIMPAN
  • MEMBERI
  • MENERIMA
  • MENYETOR
  • MENGENDALIKAN
  • MENGANGKUT
  • MEMBAWA
  • MENGHANTAR
  • MENGEDAR DADAH
  • MEMBEKAL
  • BERUSAHA MENDAPATKAN <<< nih! ni apa? tak tau baca rumi kot?
  • MENGIRIM
  • CARA LAIN DI BAWAH PENGUATKUASAAN DAN PERATURAN AKTA INI

So kot2 la kalu hangpa lupa kan, ni aku nak habaq bagi la, 'rewards' yang bakal menunggu hangpa.

Denda.. dalam lingkungan RM 100,000 / RM 5,000 / RM 2,000. Pilih ja nak pakej apa. Platinum ka, bronze ka, gold ka, ultimate ka. Haha.. nak beli topap hempon pun pikir 10x..

Penjara 2 tahun / 5 tahun / 7 tahun / 13 tahun (yg da ada rekod) / Seumur Hidop.. Pegi daa.. nak dok diam2 berkurung dlm rumah pun susah, ni ada hati nak tempah tempat kat penjara pulak.

Sebat : 3 ke 10 sebatan.. Wow.. mandul terus. Elok jugak. Takdak masalah bayi mati kena buang.

Untuk kesalahan pengedaran bwh seksyen 39B, nih paling best :
hukuman mati mandatori.
Wohoho bayangkan sendiri rupa hangpa di saat2 akhir hidop hangpa. Mesti pathetic kan?

Hotel bertaraf 5 bintang ini akan menjadi destinasi hangpa yang paaaaling dekat. Klik gambaq utk zoom dan tataplah puas2 ;)

Jadi, usaha2lah berenti sekarang. Berenti terus! Bukan berenti seminggu dua pastu kawan open ja terus tergoda. Hanya hangpa yang buleh bantu diri hangpa sendiri. Tolong jugak nasihat2kan kawan lain ya. Please share this.