• » Last Update Was 5 months ago With : Ayah..

Wednesday, December 29, 2010

Kisah Nama Baru Profile Facebook Aku

Aku ni jarang nak tacap2 facebook. Profile pic pun dah tak berganti-ganti lagi, tak macam kawan-kawan len tiap2 hari ada idea nak pilih gambar apa. Nama profile aku Tupai Cavalera. Pun dah guna lama. Malas tukar dah. Yang tu pun dah dikatakan pelik oleh member2 skola rendah.

Tapi baru-baru ni aku enhance sikit nama : JanganTag TupaiCavalera.

Ni feedback positip yang diterima dari kawan aku, Kucing Kuyup. Klik gambaq utk zoom.

Tentu hangpa pun tau pasal isu tagging2 ni dan annoyance dari tag2 ni.

Aku ni manusia jarang bergambaq. Juga dah bertahun tak jumpa orang selain kat dalam rumah aku. Bila orang tag aku kat gambaq atau kat post yang takdak kaitan dengan aku, aku besar hati. Sekurang-kurangnya itu tanda ingatan kat aku yg semakin menghilang dari dunia biasa ni.

Tapi yang annoy aku ialah replies yang masuk. Bukan ada kaitan dengan aku malah reply bukan dari kawan-kawan aku. Apa benda yang disembang pun tah la.

Memula aku set privasi : Who can see photos and videos I'm tagged in : Only Me
so that kalau tujuan tagging tu hanya untuk promote benda dalam gambaq to my friends, takyah la kot. Kalau nk promot kat aku, well you got my attention.

Mungkin la orang leh kata, ala hang ignore je lah notification yg takdak kaitan tu. Thing is, memang aku ignore pun. Tapi tetap menjengkelkan.

Apa moral yang boleh diambil dari sini?

1) Hangpa leh tag aku, no problem. Tapi pastikan aku ada kaitan dengan gambaq/post tu.

2) Kalau hangpa tengok/baca gambaq/post/mail yang ada banyak nama kena tag, AGAK-AGAK la kalau nak bersembang pon. Jangan jadi seperti si bodoh ni :

Klik utk zoom sepenuh monitor. Haha


Kalau nak reply pun biarlah berkaitan. Ni meraban tak tentu hala. Bila berpuluh orang dalam mesej tu tak layan dia, dia taip "Test test". Ni kot yang dikatakan, 'orang buat facebook, ko nak buat facebook jugak'. Last2 jadi cempera bila kena tag, excited lebih. FYI si bodoh yang dok reply sorang2 tu bukan aku kenal pun. Ni kawan kepada penghantar mesej. Si penghantar mesej pun tak reply banyak2, dia ni yang terlebih sudu dari kuah.

Itu je lesson facebook untuk hari ini. Tak salah sembang kat gambaq/post/mesej ada banyak nama kena tag, just make sure tu semua kawan-kawan yang hangpa kenai jugak.

P/S Kengkadang nak gelak ja bila tengok orang lain dengan profile muka garang dan ganas tetiba lak kena tag kat album tudung syria ke, homemade cupcake ke. Haha