Wednesday, December 22, 2010

Nak Buat Blog Jugak? Ini Pesanan Untuk Yang Baru Nak Jadi Blogger.

Dey. Jangan salah anggap. Bukan berlagak otai sebab aku karang pesanan-pesanan ni. Cuma something untuk dikongsi bersama.

Pernah tak dalam hangpa dok sibuk publish link kat facebook dsbgnya, ada kawan yang hantar mesej,

'weh camne nk buat blog, ajar aku blh?'


Tentu saja dengan berbesar hati, hangpa akan berkongsi sikit sebanyak steps2 untuk mula buat blog dengan member2 hgpa ni.

Kalau camtu, jangan lupa pesan ni jugak kat member2 hangpa :

1) Blog memang blh buat duit
Tapi jangan jadikan keghairahan buat duit dari blogging sebagai keutamaan. Tumpu kepada pembentukan kredibiliti blog.

Lebih lanjut, baca kat sini :


2) Jangan asaskan blog baru dengan aktiviti plagiat
Tulis dari hati, berdasarkan pendapat, berdasarkan pandangan. Jangan main hentam highlight teks menarik dari mana-mana lepas tu paste untuk buat entri. Walaupun disediakan backlink rujukan kepada sumber asal, kalau boleh elakkan dulu selagi belum capai at least 50 post. Wah pepandai je aku ni letak piawai kakaka


3) Open up
Start dari satu blog, ke satu blog, carilah kawan. Lebih efektif kalau blogwalking sambil tinggalkan komen di entri. Ni cara untuk 'trafik' naik cepat.

Lebih lanjut, baca kat sini :

Silap aku : Aku malas blogwalking.


4) Mau lebih ramai pembaca, elakkan getting too personal dengan blog
Selagi belum dikenali ramai, cuba cerita isu2 yang boleh ditumpang sekaki oleh bakal2 pengomen. Betul. Kalau bercerita pasal boipren, pasal gepren, pasal beli stoking, orang yang baca pun segan2 dan takdak idea nk tinggalkan komen

Silap aku : Aku start dulu pun dengan benda2 personal gak. Ceh


5) Jangan lupa bagi tips jugak kat kawan2 yg baru nak blogging ni pasal perkara2 berikut :



6) Kalau ada aktiviti yang mencurigakan, contohnya blogwalking cara kotor, DO NOT GET INVOLVE. Jangan ambil mudah benda2 yang boleh merosakkan kepercayaan orang kepada blog kita. Kalau tak pasti, bertanyalah kat blogger2 yang boleh dijadikan panduan.

Nak tau lebih lanjut, baca ni : Anti One Way Traffic by Zalin


7) Kalau nak buat blog semata-mata untuk bisnes
Invest sikit untuk dapatkan domain dotcom sendiri. Jangan dok bangga dengan dotblogspot saja. Kalau nak buat bisnes, biar sungguh2. Sebab ni jugak la aku xpercaya "bisnes online" yang hanya berdotblogspot saja. Nak keluar modal pun kedekut lagi mau amek duit orang ka?

Yang ni je kot pesanan2 yg dpt dikongsi. Selebihnya, explore, dan search google.

Aku ulang sekali lagi, bukan niat nk lagak otai pulak sedangkan follower pun baru ja lepas 50 orang. Just kalau pasni mana2 kawan aku tanya cara nk wat blog, aku bagik je link entri ni.. Hehe senang.

Share this entry to your friends! Kita tolong member2 setakat mampu. Lagi la bersemangat kalau ada kawan2 yang kita kenal nk join blogging kan? So jangan lupa sampaikan pesanan-pesanan di atas :)