Thursday, December 09, 2010

Penanggal Di Tingkap


Malam ni aku ada sesuatu yang istimewa untuk kamu. Malam ini aku akan berkongsi himpunan pengalaman ngeri yang bakal mengancam keselamatan bulu tengkok dan bulu ketiak kamu. Aku bukan nak menakutkan kamu. Malah aku sendiri takut sekiranya kisah yang bakal aku kongsi malam ini boleh membuatkan kamu emosi dan trauma.

So I decided.

Aku tetap akan mendedahkannya kepada kamu. Terpulang kepada diri kamu untuk membuat penilaian selepas itu.
Kisah Penanggal Di Tingkap.

Tapi.
Sama sekali aku tidak galakkan kamu membacanya sekiranya kamu berjantung lemah atau kamu sedang mengandungkan anak. Yang lemah semangat juga tak perlulah kamu baca kisah ini nanti. Aku tak mahu dipertanggungjawabkan atas sebarang kengerian yang akan memberi tempias dalam hidup kamu.

Aku akan siarkan kisah itu pukul 11 malam nanti. Buatkan temujanji dengan diri kamu untuk membacanya selepas pukul 11 malam. Until then, daa.