Malam Jumaat. Malam pengasah ilmu. Malam kaum ibu. Juga malam pilihan kisah2 horror. Kisah-kisah traumatik dan ngeri. Kisah-kisah yang membuatkan kamu paranoid dan curiga.
Kamu pernah dengar atau baca tentang hantu penanggal?
Image from asiaparanormal.blogspot.com |
Jika kamu tak kenal dengan hantu penanggal, aku akan kenalkan.
Hantu Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu. Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman atau peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.
Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.
Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.
sumber dipetik dari http://cikmin.com/2010/09/video-penangkapan-hantu-penanggal-atau-penanggalan/
Berbalik kepada pengalaman aku.
Aku pernah beberapa kali "menyedari" kehadiran beberapa ekor penanggal di tingkap rumah aku. Dan pernah sekali juga aku melihat dengan mata kepala sendiri seekor darinya di luar bilik aku.
Untuk pengetahuan semua, ketika aku tinggal di flat emak aku di Jones Road, Penang, rumah kami berada di tingkat satu. Bilik aku pulak sebelah koridor. Jadi kalau tingkap bilik dibuka, maka kegelapan malam di luar rumah menerjah masuk serentak dengan angin sejuk.
Dan 3 tahun kebelakangan ini pula aku tinggal di tingkat bawah (ground floor) flat kurap di Sungai Nibong. Bilik rumah aku menghadap tembok yang memagari sebuah hutan mini. Ada laluan kecil di antara tembok dan tingkap bilik dan saliran longkang untuk memisahkan flat dari tembok. Ada beberapa batang pokok dan kawasan kecil untuk bercucuk tanam secara haram.
Laluan ini biasanya untuk tukang bersih flat serta tempat kanak-kanak berlarian di waktu petang bermain sembunyi dan kejar-kejar. Tetapi kebiasaannya tiada orang akan lalu di situ melainkan ada niat yang tak elok terhadap rumah2 yang menghadap tembok seperti unit rumah aku.
Ops! Bersambung next part!