Friday, December 24, 2010

Penanggal Di Tingkap Part 3 : Penanggal sama atau berlainan?


Dari kejadian pertama di rumah emak aku, aku rahsiakan sehingga kini. Aku takut untuk membayangkan, apatah lagi untuk menceritakan kepada sesiapa. Kadang-kadang aku cuma mampu menyedapkan hati bahawa kejadian pertama itu diculpritkan oleh jiran aku sendiri yang malas nak bersuara. Lagipun aku tak nampak apa-apa. Nak suspect siapa? Nak suspect apa?

Tapi mustahil. Jiran aku tak pernah mengepak tingkap aku seluas itu. Dia biasanya akan mengetuk tingkap sekiranya ada quick gossip yang mahu dikongsi. Habis tu, siapa or apa yg menonton aku dalam gelap? Haa stop it tupai, stop it. Jes fergedit.

Rumah baru. Keyakinan pun baru. Aku berjaya lupakan sementara kisah pertama itu dan bersenang-senang di sini. Tingkap bilik sini tidak membebankan fikiran aku walaupun banyak yang mudah-mudah boleh terbuka dari luar (penghuni lama tidak menjaga keadaan tingkap).

Satu malam seperti biasa aku tergolek dog membaca buku. Tingkap hanyalah ditutupi dengan tuala besar hasil tinggalan penghuni lama.

Aku tak tahu berapa banyak posing yang telah aku buat sehinggakan menarik perhatian sesuatu di belakang/luar rumah. Aku tersentak dari pembacaan bila terdengar serpihan daun kering / ranting seperti dipijak. Bila aku bangun untuk memeriksa luar tingkap (laluan sunyi belakang flat), terus nyata bunyi langkah kaki berat dan terhenggeh-henggeh melarikan diri.

Shit. Sekali lagi kah?

Terus ingatan aku diterpa dengan penceritaan 2 orang kawan sekilang yang pernah menyewa bilik aku beberapa bulan sebelumnya.

"Kami tak berapa suka dah la nak dok sini. Dapat dah rumah sewa baru."
Aku jengkel. Shilakalakak lu.
"Awatnya? Sebab aku moody sangat ka?" Aku tanya untuk kepastian. Biasalah aku memang hangin satu badan waktu serumah dengan depa, habis barang-barang aku diguna macam harta wakaf. Tak campur dengan meng"hotel"kan rumah ni.
"Tu satu, tapi tingkap tu, kami rasa cam ada benda dok mengendap. Slalu gak la. Kami buat tak tau ja."

Vaviks. Mungkinkah 'benda' yang sama terus menerus dengan aktivitinya? Kerana bekas penyewa bilik aku amat girly dan suka berkemban? Hoks.

So I knew it. Luar bilik aku sememangnya terbukti ada hantu penanggal. Kepalanya akan terjengoi di beberapa waktu tertentu untuk melihat siapa dan apa yang ada dalam bilik/rumah aku yang berkedudukan strategik ini, heaven untuk aktiviti sialnya?


Aku tinggalkan kamu sekali lagi untuk part terakhir kisah ini nanti : 
Penanggal paling ngeri dan daring