• » Last Update Was 7 years ago With : Ayah..

Thursday, December 16, 2010

Penanggal Di Tingkap Part 2 : Penanggal Sulung


Aku dah ceritakan sedikit tentang kondisi rumah aku dan tingkap-tingkap bilik yang menghadap laluan belakang flat. Secara logiknya, kesunyian laluan itu membuatkan rumah aku mempunyai privasi yang ekstra untuk aku sentiasa biarkan tingkap bilik terbuka, bukan?

Tapi aku tak percaya dengan privasi itu. Kerana aku dah fobia dan trauma dengan kehadiran beberapa ekor penanggal di tingkap rumah. Sebab itu jugalah semua tingkap rumah aku dipakukan dengan kadbod tebal untuk menutup separuh ketinggian tingkap. Tutup setinggi penglihatan manusia sekiranya berdiri di luar rumah.

Aku paranoid, ya.

Satu daripada bilik telah diubah kedudukan perabotnya, almari-almari buku MENUTUP TERUS tingkap. Biar bilik gelap. Biar tiada langsung cahaya masuk. Semuanya kerana kejadian-kejadian di laluan belakang rumah, berdekatan tingkap-tingkap bilik


Sewaktu di rumah emak aku, aku jarang ambil berat keselamatan tingkap bilik aku yang bersebelahan dengan koridor. Tapi kisah satu malam ni menjadi titik permulaan kefobiaan aku dengan tingkap terbuka.

Aku, seperti biasa, dari dulu asyik dengan komputer. Seperti anak-anak dara yang jarang keluar rumah, aku juga jarang keluar bilik. Asyik dengan buku dan komputer dalam bilik.

Lewat malam itu, aku lalui seperti biasa. Sambil makan, pancaindera mata dan telinga fokus dengan vcd di komputer. Entah kenapa, aku tersedar tirai tingkap seperti diselak sesuatu. Tapi aku abaikan kerana beranggapan tirai bergerak2 ditiup kipas angin.

Shit. Untuk menceritakannya kembali pun aku sudah merasakan ngeri.

Anyway, aku abaikan saja. Until my neighbour next door phoned me. Dia mungkin baru balik dari kedai or whatever.

'Kak, awat hang bukak tingkap?'
"Hah? Bilanya aku bukak?"
'Lani lah. Hang pi tengok.'

Aku pun terhegeh-hegeh dengan hati yang meletup kembali ke tingkap bilik.

Macam nak rebah bila aku selak tirai, TINGKAP BILIK AKU TERBUKA LUAS!

Kepala aku bengong. Hidup aku terasa terpusing-pusing. Aku tergamam saja dengan kegelapan malam di luar bilik. Aku terbayang kembali tirai yang terselak-selak tadi. Aku tersyakkan jiran aku yang memonitor aku tadi. Aku tersyakkan..... ah ph@rq. Aku berjaya takutkan diri aku sendiri malam itu. Malam yang memulakan fobia aku ke hari ini.

Bayangkan. Betapa tidak sedarnya aku sekiranya seseorang atau sesuatu memerhatikan gelagat aku di dalam bilik. Betapa tidak sedarnya aku berapa lama aku diperhatikan. Betapa mungkin aku mengorek hidung dengan asyik atau menggaru punggung atau terseksi di mana-mana. Shit shit shit.

Bersambung Next Part :  Penanggal sama atau berlainan?