Wednesday, June 30, 2010

~GEMUK = SENANG HATI

Semestinya bila kawan atau saudara lama tak berjumpa, 1st thing akan ditegoq ialah ketongdraman aku yg semakin ketara. Nak wat camane lagi, takkan nak stopkan projek pembinaan badan tak terancang ni. Jerit 'stop wei, stop' ?

Dan semestinya. Kegemukan aku akan diassociatekan dengan tanggapan yang aku senang hati kebelakangan ni. Ayat-ayat untuk mengelaborate greetings ni sangat menggores hatikuh inih. "Ha.. lama tak nampak.. Amboi berisi toi skarang".. Hehe sedihnya (sedih tapi gelak? Common disease kan).

GEMUK = Senang hati. Hari ni aku nak sangkal sikitlah. Cam biasa, tak puas hati, comments below.

Bagi aku, GEMUK = Takde duit nak pi slimming2 session ala2 Pakar Kecantikan TV3. Jangan kata nak pi kedai2 pakar, nak beli uncang teh kurus badan pun takut clash ngan expenses nak beli ubat gigi.

GEMUK = Tak pilih makan. Main sentai ja sebab selera ngeri sampai model2 catwalk akan trauma sepanjang hayat.




Monday, June 28, 2010

~'WANT 2000 VISITORS' CONTEST RESULT

Sebabkan sambutan yang sangat dingin, heheh (sila baca benda ni kalau nak paham lebih), ada 4 saja penyertaan contest Want 2000 Visitors yang dibuat pada 15 Jun lepas.

Dan dari 4 penyertaan tu, 3 dah letak widget WMB pada blog masing2 untuk terima points seperti dalam pindaan contest ni.

Hadiah 2000 points berikut akan disalurkan kemudian setelah pemenang2 ni inform ID masing2 kat bahagian komen di bawah.




Saturday, June 19, 2010

~KATA TAK NAK MERUNGUT?

Autopublish ni aku takleh halang :P. Takde, takde.. kena gak la, blog aku, aku buleh la.

WIN WIN SITUATION
Ada 2 orang sahabat (Encik 1 dan Encik 2) yang berbincang2 mengenai idea untuk menjual kenderaan. Encik 1 tau Encik 2 penjual motorsikal. Namun Encik 1 tetap dengan impiannya nak jual kereta.

Satu hari Encik 1 pun juallah kereta 5 tempat duduk. Dia alert yang Encik 2 akan join untuk jual kenderaan jugak. Takpe, meniaga la sama2 kan. So, wah ramai jugak pelanggan yang nak beli kereta 5 tempat duduk yg Encik 1 jual.




Friday, June 18, 2010

~BLOGWALKING DENGAN WIDGET WMB

Seperti yang diumumkan sblm ni, contest "Want 2000 Visitors?" (W2kV) akan memberikan reward satu tools mudah untuk hgpa blogwalking ke 5 blog sahaja tapi dapat balik lebih kurang 3,905 visitors (tapi sbb tak mau bg false hope so anggar2 lingkungan 2,000 saja).

Namun pada masa yang sama saudara Amin Johar (AJ) juga aktif dengan pelancaran widgetnya yang sama konsep (tp tentulah lagi canggih dari tool reward W2kV) yang bertajuk WAWWI MATRIX BLOGWALKING (WMB). Jadi tentu 'ikan bilis' seperti aku mesti berundur utk laluan sepenuhnya kepada WMB.




Thursday, June 17, 2010

~NAMA BANK SAMA

Sejak akhir-akhir ni banyak sangat kan website / program internet yang based on cash gifting segala benda tu. Senang cakap, money game la. Memang web / pogrem2 camni ada produk, tp lebih difokus kepada head hunting kan?

Tgk saja cara pemasaran (wtfudge!) geng2 LOGIN FB DPT 100. Spamming, unnecessary tagging kat album gambaq duit kipas (yg of coz, hanya shared / copied from other people), dan hype yg nampak gila2 punya 'melatah' dan kejakunan yg obvious.

Ye lah, zaman skang dah maju, kena lah ada BISNES INTERNET kan? My gawd. Inilah sebabnya makin ramai yg dok terkena sebab byk ikan2 jaws menanti ikan2 bilis masuk mulut. Umpan kata 'MODAL KECIK SEMUA ORG MAMPU' (ceh pegi mampus je la), atau dok recycle newspaper cutting "RAKYAT DIMINTA MANFAAT JANA PENDAPATAN", yg best skali guna ayat Irfan Khairi tu yg buat aku tak tahan geli ketiak berfungus nih..

Latest aku 'terserempak' dgn satu web menggunakan nama bank tempatan. Ya, betul. Aku tak amek kesah sgt la. Tetiba kemarin bespren aku lak tanya aku pasal benda ni, dia nak kepastian. Ya, ini tandanya nama web itu mengelirukan ramai lg pengguna fb kat malaysia ni.

Ni sepatutnya rupa web sebenar bank yg betoi :


Tapi kalau diubah skeeeeeet je kat bhgn url, hgpa akan landed kat page ni :




Tuesday, June 15, 2010

~WANT 2000 VISITORS ?

Hello to you all who are reading this right now. Today I would like to invite you to join a special contest. I am developing a simple tool/widget which will bring your blog at least 2000 visitors. 20 winners will get selected and receive a simple traffic code (widget) to display at their blogs.

Here's how it's simple but special :
Using the widget, you just need to visit 5 blogs.




Friday, June 11, 2010

~HEY WHY SO SERIOUS?

Mungkin sebab blog aku kurang follower, jadi aku ni automatik jadi newbie ye? So bila aku tulis benda hawt sket, ramai org terasa pedas ye? Nak mampos si tupai sekor ni hee?

Ya lah why so serious? Lastly dalam yg hot2 tu jugak buleh jadi modal utk update blog dan idea utk tinggal komen kan? *wink wink debu masuk mata.. Tapi kalu nak kutuk aku sbb xstuju ngan aku, awat tak letak link entry yg xpuas ati tu? Takut aku dpt trafik ke? Waawwawaw.. Maaf ye cik otai.. Saya terlupa sy ni masih baru lg huhu ;(

Anyway nak umumkan ada contest ujung menggu ni kat blog ni.. Hehe kekejian tidak terancang.. Jangan ada yg nak cuba jatuhkan semangat aku ni tau.. Da la baru je off rage mode..

Meanwhile untuk pembaca zine aku CONTAGIOUS/CONFIDENTIAL (2001-2005) dan zine pakdin SURATLAYANG masih buleh kontek aku sbb byk lg stok dok ada, kalu buleh gtau kat kekawan yg penah bc zine2 ni utk add aku kat fb : Tupai Cavalera..

^Ini yg last publish thn 2005 isu ke #11, rega RM3 by hand, RM3 + 50sen stem by post^


Wednesday, June 09, 2010

~CARA KEJI TINGKATKAN TRAFIK

Takkan tak perasan kot? Dijamin ada antara ni pun hgpa da buat kan? Tak terasa keji dan bersalah ka? Nak rasa jadah pa kan, blog hgpa, hgpa promote cara hgpa la, aku sakit tang mana kan..


Cara 1
Terjah menerjah ala-ala Ben Ashaari

Haha sori. Awat lepas byk2 blog aku tengok excited utk kedatangan Ben Ashaari ni, aku still tak terpengaruh sama? Tapi ok gak cara ni, dengan syarat blog hangpa kena la femes, kena la rajin berjalan kan? Soalannya sini : siapa yang dapat trafik? Hangpa yang excited nak join ka atau si penerjah? Tentu saja blog si penerjah yang untung kat sini. :)

Cara 2
Letak tajuk "cek nuffnang pertama saya"

Bwekk.. Ni lagi satu. Memula memang suci je niat sbb buleh berkongsi tips dengan bloggers lain, tapi bila da ramai sangat yang guna tajuk macamni, tak terasa meluat ka? Skali skala aku teringin jugak nak tengok tajuk "penyata akaun bank saya menunjukkan saya sering kirim duit kat mak saya di kampung".. Musytahilll..


Cara 3
Cerita tentang keywords pelik yang membawa trafik sesat ke blog hgpa

Mesti nak kena printscreen punya lah, tunjuk report keywords dlm akaun nuffnang hangpa, right? Elaborate skit kata la visitor sesat guna keyword lucah la, owh ini jugak buleh jadi tajuk entry kan? Murah. Cheap. Tsk tsk tsk. Tapi best kan berlagak? Buleh la visitors pikir camni : "wah blog dia ni best la pandai main SEO, aku nak jadi follower jugak la"


Cara 4
Mewujudkan Tutorial nak buat itu ini dalam blog.

Ok lah, aku ada gak terbuat gak tp skang da jarang kan? Sebab aku rasa xworth berkongsi maklumat dengan manusia yg tak tau berterimakaseh. Haha cam xikhlas? Tapi kalu hgpa nak wat gak tutorial, buat ja, asalkan unik dan belom diajaq kat blog lain.. barulah best nak baca..


Cara 5

Tulis cam mamat mabuk oren tiga suku ber-gua-lu sana sini, padahal in real life bersaya-awak-aku-ko je. Aku xkesah, entertaining pa baca blog2 camni, tapi bila byk sgt wujud blog ala-ala hilang akal meraban xtentu hala, elok2 waras lama2 xsiuman plak. hee


Cara 6

Menyepam (SPAMMMMMM) kat chatbox/shoutbox/comments section dengan link url ke blognya. Aku penah 2-3 kali terserempak sorang ni komen 2-3 perkataan ja lepas tu letak url suh owner blog p singgah blog dia plak. Aku nak tegoq kesian plak, sebab rasanya blogger2 camni agak bengong sikit dengan apa yg dikatakan annoying tu. Dia tau, buat entri, lepas tu jog sana sini utk promot.


Cara 7

Buat tajuk "Mari Kita bertukar link". Haduih.. sangat murah. Hehe. Bagi aku ok la bagus amek shortcuts ni. Pedulik apa kalau bertukar link dengan blog2 penjejas pagerank, yg penting link url hgpa berada merata-rata tempat kan? Tukar link untuk hiasan je. OK la. Cantik skit blog tu kan.


Cara 8

Ai polo yu, yu polo ai pulak ye. Bat den afte u polo mi, don ekspek mi tu vizit yor shiti blog ok? Sangat ramai aku jumpa. Geram. Aku nak rararararrrage la ni.. Aku blogwalking dengan cara yang sangat suci ok, hanya folo blog yang betul2 aku minat dan terberkenan. Aku xpegi random2 klik link kat shoutbox orang pastu singgah suh orang polo aku n umpan dipolo balik. Namun demi persahabatan aku polo semula sesetengah followers aku, dan kalau sempat aku akan drop by tinggal komen xselalu pun kadang2.


Cara 9

Blog copy paste. need i say more? Keji sangat wei. Amek kutip dari blog/emel lepas tu wat entry. Kadang2 xpa lg tau, ni 1 blog tu didedikasikan untuk compile hasil copy paste hgpa. Isk. Patutlah ramai gile follower. Nak baca pun yang santai2 ja..


cara 10

Buat entry ala-ala tips cam aku ni. Khakhakha. Jom. Mari gunakan tektik keji dan sentiasa cari shortcut untuk glamer. So what hu keirrrrrsss? Yg penting bg aku harini punya update da setel (qado menggu lepas punya blog bersawang). Haks.

Sila 'Like' entry ini kalau berani.


Thursday, June 03, 2010

~SUDAHKAH ANDA PELUK CIUM IBU ANDA HARI INI?


Semakin lama bergelar ibu ni semakin emotional pulak aku terkenang mak aku. Ye, aku sangat rindukan mak aku tp pemalas nak tunjuk dan byk pulak tak sehaluan. Hehe. Anak rebellious. :P


So bagi hangpa yang belum merasai ada anak sendiri dan rasa emosi seorang ibu, mai aku share something.


Kita mulakan dari taim hgpa dalam perut mak hgpa. Susahnya dia mengandungkan hgpa, nak baring, nak tidoq, nak buat kerja, sangat berhati-hati dan cermat demi hgpa. Kalau nasib baik ada suami yg sensitif dan supportive di sisi, tapi kalau tak? Segala perubahan emosi ditanggung seorang diri dan dikongsi dengan hgpa saja.


Taim dia nak beranakkan hgpa Semakin detik semakin kerap dirasakan kesakitan dan azab nak deliver hgpa. Campoq dengan rasa takut, rasa risau, dan banyak lagi yang berpusing-pusing dalam kepala sampailah satu saat fikirannya blank sebab SAKIT YANG TERAMAT SANGAT yg tak dapat aku describe sini.


Dan bayangkan jugak bila selamatnya hgpa muncul di dunia ni, satu kelegaan, kegembiraan, hati berbunga-bunga bak jatuh cinta lagi sekali.


Bermulanya rutin harian baru lepas tu. Dijaganya hangpa dengan penuh chenta, tak cukup tidoq pun takpa asalkan hgpa yang bayi nyenyak tidoq kekenyangan.


Bayangkan titik-titik susu yang menjadi sumber makanan dan kekuatan hgpa di awal hidup hgpa. Yg tumpah terbazir sebab banyak sangat bekalan ataupun dilema/kekecewaan ibu yang kurang susunya.


Dijaganya hangpa siang malam pagi petang, tak bagi nyamuk gigit langsung. Yang mana dulunya membela kucing, otometiknya cinta si ibu beralih kat hgpa.


Dengan tabah dia besarkan hgpa, sekolahkan hgpa, beli apa benda hgpa nak, jadi pembela kalau hgpa dibuli dan sentiasa peka dengan perubahan² hgpa.


Akhirnya skang hgpa da besaq, berpelajaran, berkerjaya (ada yg phailed in life tp tu pilihan hgpa seniri), namun mak hgpa ditinggalkan keseorangan (with or without ayah/abah/daddy/papa) menghabiskan sisa2 idop dia.


Jadi, berapa banyak ciuman mak hgpa waktu hgpa bayi, telah hgpa balas? Sangat sikit bukan. Rasa malu semakin menebal bila kita sendiri semakin dewasa. Tentu hangpa yang baca artikel aku ni takdak hidup umpama dalam drama tivi : anak boleh peluk2 mak (bajet manja gila la tu hehe), sedangkan kita ni nak peluk cium mak pun tunggu waktu raya takpun lepas balik cuti. Sedangkan mak hgpa dulu tiap pagi petang dan malam dia cium2 hgpa, pegang tangan hgpa, setiap 'tak teh' hgpa, dia bersedia sambut kalau hgpa jatuh.


Entahlah. Kalau aku go on lg jadi Kasim Slamat Fasa 1 la aku. Insyaallah aku sendiri akan cuba manja2 balik ngan mak aku next trip balik umah dia.


p/s: utk pembaca lelaki, sayangilah ibu /+ isteri hgpa.
p/s 2: utk pembuang2 bayi, hgpa FAILED tp jgn lupakan mak hgpa. Cubalah fahami dia barulah hgpa tau betapa bestnya jadi ibu :)

*TAHUKAH HGPA, LAGU APA YANG PALING INDAH DI DUNIA ?
Jwpn : Lagu yg mak hgpa nyanyi waktu dodoikan hgpa ketika bayi....