• » Last Update Was 5 months ago With : Ayah..

Wednesday, March 31, 2010

~TERKENANG ZAMAN KENIT

*kenit = kecik/kanak-kanak

Dunno about you all tp ingatan aku dan PakDin pada zaman sekolah rendah buleh tahan jugakla. Not that kami skul skali tapi some of these habits+myths did lingered back then no matter which school you went to. (Our primary school years around 1984-1993)


Pensel Jatuh
Kalu pensel tulis ke pensel warna jatuh lantai mesti kutip cepat-cepat wooo pastu gentel-gentel batang pensel tu. Dipercayai supaya lead kat dalam pensel tu tak patah akibat jatuh tadi. Konon-konon kalu gentel camtu yang patah buleh bersambung kot? WTF? Mana la mai benda tak lojik tu sampai aku pun terpercaya dan teramalkan jugak. Heheh.


Pensel 'mekenik' @ pensel tittit
Dulu pensel tekan ni antara alatulis mewah yang tak mampu dimiliki ramai. Mind you, aku dan PakDin bukan berasal dari keluarga berada. So benda dulu basic-basic je. Kalau kawan pinjam tulis sampai nak habih 'ubat' pensel, mesti ownernya tarik muka masam seribu. Mau yang emocore terus gesture tangan buat pangkah taknak kawan (tapi esoknya tanpa sedar elok je kawan balik..)


Rubber Ink
Dulu mana la semua orang mampu beli pemadam pen yang seketoi tak berapa det tu. Ok, maybe bukan tak mampu tapi tak diutamakan atau selalu ilang kena kebas ngan kawan. Takpun tertukar ngan sapa-sapa tak sedaq walaupun dah tulis nama atas rubber tu (lawak kan, benda sekecik2 pun dulu nak kena tulis nama, last2 tetap ilang gak). So alternatif kepada rubber ink (lepas darjah 3 da buleh tulis guna pen dah kot, correct me if i'm wrong) ialah rubber biasa yang 'diludahkan' setitik dua. Kadang sampai terkoyak kertas buku tulis tu sebab terlebih ayaq lioq. Genius sangat la tu?


Gam
Agak disgusting. Some students yang guna pendekatan cepat utk alternatif gam : hingus. Well, aku xnak elaborate ni. (Terfikir balik kot2 dulu aku ada terpinjam/terpegang buku kawan yg guna penyelesaian ni untuk mslh xdak gam.. Seram.)


Maero Attack
Admit it, gambaq jepun siot ni betoi-betoi influence kita back then. Masing-masing dan-dan teringin nak main bola tampaq, even tangan pun sentiasa dalam gesture nak servis/sambut bola. Tak cukup tu kalu naik tangga (aku darjah tiga tingkat atas) masih nak squatting sambil lompat. Ala-ala prektis la konon. Bengong right. Summersault berpusing!!!!!!!


Main Getah
Dulu compulsory dak-dak pompan kena ada atleast satu set getah untuk main waktu rehat/balik skola. Lagi colourful atau tebal getah, lagi la nampak mewah. Bila level lompat getah semakin tinggi nak sampai kepala, mesti ada punya yang buat 'gimnastik' konon (cartwheel sampai nampak spender.. nasib bek taim tu kanak2 lagi)


Pensel Takleh Sharp Dua Belah
Mitos lagi. Ntah sapa yang create benda ni. Kononnya kalau sharp pensel atas bawah, macam mintak mak mati. Haiya.


Jangan Bagi Kawan Sharp Pensel Kaler
Again, penselkaler kan alatulis mewah gak. Taim kita dulu mana ada varieties sangat jenama2 Mydin ni. So, kalu pensel kaler tumpoi, asah (or sharp) siap2 kat umah. Jangan percayakan kawan. Kes PakDin misalnya, ntah kawan mana la yang terlebih rajin nak sharp.. last2 sampai kontot jadinya penselkaler. Balik umah mak marah.


Penselbox tekan
Tekan sini, keluaq tempat simpan rubber. Tekan button ni, keluaq sharpener. Gila punya hitech tu. Tak berapa ingat ni sbb aku xpenah ada penselbox mahai. Just envy kat kawan2 yang ada je. Hohoho


Kasut Aliph
Ni pun wajib dibeli dan 'diruntun' suh makpak beli. Mungkin sbb persaingan silence di skolah xpun kejayaan pengiklanan Aliph dulu yang berpengaruh. Aku pun ada gak dulu. Terasa haibat tuh. Rasa cam jadi jantan sat.


Beg skolah
Beg peti design cam kilt tu penting. Beg skolah ijau tali sangkut kat dei/kepala untuk menyerlahkan status kegengsteran. Beg kita dulu mana ada roda-roda, mana ada pemegang nak tarik2. Semua pikul blakang cam kura-kura.


Brick game
Hanya yang mampu je. Kawan aku ada game Western Bar. Punya aku teringin nak main tapi pegang pun dia xberapa nak bagi.



MacGyverisms

Cita-cita terpendam semua skulboiz taim tu kan. Ada ja kekrektipan yang mostly original (gunakan sumber barang terpakai di sekeliling)



Pendekkata, kekurangan kita waktu dulu pun kita still survive lagi sampai sekarang. Tapi napa students sekarang kena ada hempon, kena ada benda2 mahai baru bersemangat p skola? Pi skola pun bukan nak blajaq sangat rite?

Akibat Volunteer jadi monitor class tak rasmi waktu kelas bising dan cikgu takdak, ruler plastik panjang baru beli semalamnya dah patah. Walaupun puas bila dapat tampaq meja dengan ruler tu serentak cakap "DIAM!!!" kuat-kuat tp dalam hati kecut perut sebab lepas tu tengok2 ja ruler tinggai sekerat. Mak mesti marah. Aku hampir-hampir menitiskan airmata. -PakDin

Kawan aku sorang ni ada masalah keluarga, jadi satu hari dia sedih sangat and ajak aku p toilet (da la toilet tu rumor berantu), sebab dia nak end kesengsaraan hidop dia, in other words, munuh diri. Aku pun bengong temankan aje. Method dia : minum ayaq sabun yang dibawa khas dari umah. Niat dia terbantut sebab ayaq sabun tu peit. So, kami masuk kelas balik cam tak dak pa jadi. -Tupaikaran aka keyos_CT

*sila baca ni jugak --> Gejala Tak Tau Nak Komen


18 Comments »:

Nay-MrsNurl said...

hahahahahahahahaha..**kena gelak dulu

suka suka suka sgt entry nie.. mengimbu zmn sekolah2 rendah dulu.. (1989-1994) ...

Tupai Karan said...

hehe.. ;) betoi kan benda2 kat atas tu mesti wat punya taim kanak2 dulu

hellioz said...

gyahahhaha
memang cun...

Danial Ikhwan Jaafar said...

wah...veteran..ahaksz!
saya sekolah rendah 1994-1999 =P

ada gak kebanyakan benda2 yang dimention kat dalam post. kecuali yang orang jepun main bola tampar.

hahahahah

Tupai Karan said...

hellioz : huhu aku xphm.. cun tang mana.. main getah tu ke ;)

danial ikhwan: ye adikku, gambaq maero attack tu taim kami2 je. benda2 yg dimention kat atas tu cam hingoz ganti gam ka.. LOLOLOL

AiYa said...

servis berputar. ahahhaaa

Tupai Karan said...

beh2.. mcm2 frasa plek tp layan balik skolah nak tgk tivi cepat2 wooo

Pert Doherty said...

pensel tekan2, kotak pensel ada game guli.. haha.. lg ape ek.. tomatoman.. yeah

maiyah said...

salam.. tingat taim sul dlu, cenggini le

Tupai Karan said...

pert : rambut mesti sikat tepi. stoking tinggi. jom main guli.

maiyah : sebab tu ramai kalu dibagi pilihan back to the future, nak p zaman ni balik

Pert Doherty said...

rambut mesti sikat tepi. stoking tinggi. jom main guli.

aku tambah skit, berdiri atas kerusi.

haha.. siot kantoi ngn cikgu..

Tupai Karan said...

aipp..aku x aa.. aku skema.. hg le tu.. kecik2 nakai.. hohoh

ayah,ummi, farish said...

nk copy entry kat blog maya leh tak...cam berminat lak

Tupai Karan said...

muleh2.. jgn lupa linkkan balik sini k

Atiq said...

ada benda tu caya gak time tu... cth: klu bulu mata luruh, amik boh kat rambut. nnt rambut pjg kot. aku pn x igt sgt hehe... lani pn boh gak kdg2 haha...(habit kot). tp rambut aku ssh pjg mcm tu gak :-(

Tupai Karan said...

Atiq : blu mata luruh pun "ada orang rindu kat hang". sebbek la.. kalu bulu ketiak???
p/s komens kat blog aku kena approve dlu br keluaq sini,klu x nanti aku termiss baca

Atiq said...

kalau bulu mata cucuk mata, maksud apa lak? hehe.. aku pn x sure kalau org ckp, "boh bulu lain (roma, ketiak, idung, etc - 18sx hehe), nanti rambut jd pjg" - bleh jd aku taksub/percaya & bt gak haha :P Ada kwn aku bgtau, kalau ada cina mati, kna tutup/tekan pusat kalau kita lalu dekat2/selisih mayat depa. So dat, hantu x masuk badan kita. Aku percaya hehe (primary school la). Bengong btoi. Kwn aku bkn cina lak tu. Petua mn dia dpt tah. Kalau srh bc doa xpa gak hehe..

Cikya said...

hahaha...zaman sekolah dulu, ada buli lar budak-budak, sakat gitu-gitu jer, sampai sekarang dia boleh ingat lagi..

** ingat pom sebab dia tolong ingatkan. Adeh, bajet innocent dulu-dulu..

Post a Comment

Komen saja.. bkn spam :)