Thursday, July 29, 2010

~NASIK KANDAQ LINE CLEAR? EWW?!

Plek betuilah aku dengan sesetengah org penang yg skang bermaustatin luaq penang, kalau cerita pasal nak balik kampung ja, mula la keluaq senarai makanan mau sampai 21 perenggan. Awat? Nak kena tunjuk hangpa tu penang piau sangat ka? Cool sangat la makan gerai mamak dari makan kat gerai2 lain? Layan gila la pasemboq? Hantu gila la laksa penang? Tolongla.

Pastu nak kena bagitau rindu gila nak makan nasik kandaq la menda lg la. Ok aku paham, tempat lain, nasik kandaq pun lain tak sama macam kat penang ni.

Tapi aku slalu nak protes kalau terbaca luahan 'peminat2' yang rindukan Nasik Kandaq Line Clear (NKLC).

EwwWwww??!

Sebagai org yg dok kat sini, aku sendiri seingat aku makan kat situ adalah sekali dua kot seumur hidup. Lepas tu biarpun limablaih juta kali lalu depan jalan tu, selera aku akan mengatakan TIDAK pada NKLC. Sebab? Sendiri penah tengok keadaan gerai tersepit tu macamana dan dah tau kisah belakang tabir depa.

Memang la sekarang ni sempoi. Canggih. Ada sign-board. Tapi......

Ewww.

Dah la tepi jamban dan aroma2 nya. Rekod kesihatan pekerja pun.. hmm sila garu dagu ya dengan hint ni.

Tolong. Aku bukan nak jatuhkan nama+jualan NKLC yg obviously takdak kaitan biaq sehelai bulu idong pun ngan aku. It's just that... between people yg tahu isu2 kebersihan di sebalik NKLC tu, well seriously kami tak akan p dan tak menggalakkan kawan2 p sana. Banyak lagi tempat makan yang elok dan bersih.

Ewwwwwwww lagi sekali. Tak sangka selera hangpa sampai macam tu sekali..

Tunggu ja keluaq kenyataan official pasal isu kebersihan yg tersembunyi ni, taim tu barulah hgpa muntah sampai terkeluaq usus, tarik sedut ngan vacuum berkuasa kuda pun, da tak berguna lg. Yuck. Tuituituih

Femes camna pun aku tak hingin singgah sini.



Tuesday, July 27, 2010

~TEENS IN RELATIONSHIPS

Zaman muda² taim mata pun dok terang lagi, having a secret special someone is a secret. Ingat tak hangpa punya 1st stupid crush at school? Or so called boy/girl-friend tapi ratio kekerapan jumpa berdating adalah rendah sekali. Mungkin peluang cumalah waktu berselisih jalan takpun stopping by luar kelas atau stayback lepak kat padang skola or library.

Photo taken from here

Sekarang? Kids today... huh.. Taktau la samada mom and dad failed at parenting ka or simply 'kasi chance la anak² explore their curiousity'. So katakanlah kalu hangpa jumpa any teenager sekarang yang takdak boi/girl-friend, dia either a geek yg dipulaukan kat skola or simply bengong. Even ugly kids have their own ugly someone untuk dicanangkan kepada semua orang yang depa 'is in a relationship'. Try facebook. Menukar² status sedang dalam hubungan atau engaged to dotdotdot dan best skali da 'married' ialah something yg sempoy.

Globally, sikap keterbukaan parents/guardians/adults bila berdepan dengan remaja² merenyam dan gedik-terlalu-awal ni cuma bagi result yang lebih menuju keruntuhan masyarakat kan don't you think so?

Bayangkan if having a special relationship menjadi satu lifestyle, kemestian or guideline to look kewl dan less geeky bagi para teenagers ni, then anything they do will just to attract opposite sex kan. Kalu kat negara barat, menghilangkan virginity ialah satu kegilaan dan cita² remaja. And tak dinafikan it is now in our sick society jugak.

Coolest result ever when everyone desperate for love and will do anything to prove they love their partner :

BUANG BAYI LEPAS DAH TERMENGANDUNG.


Monday, July 26, 2010

~RUPANYA ADA HADIS PASAL SANGGUL TINGGI..

Artikel ni aku dapat dari emel, dan rasanya berpatutanlah kalau dikongsi bersama since sekarang ni pun makin obvious ramai perempuan bertudung tapi bentuk bersanggul tinggi, contoh paling ketara ialah fesyen artis kita Sheila Rusly. Bagi hangpa yang dah tau pasal ni, sudi2kan lah tinggal komen (jgn lupa link blog skali). Bagi hangpa yang tak tau pulak, haa bacalah sampai habis..


It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.



Ok.. dah nama copypaste, mmg aku takkan edit punya. Tapi betul kan? Pompan zaman sekarang, bab2 nak cantek, ada jaaaa sampai dah lupa mana betul dan mana salah yg diselindungi dengan benda betul. Ape da aku merapu ni? Truthfully aku selesa berkawan dengan girls yg bertudung biasa ala2 waktu stadi di kolej ja. Skema kan? Daripada kawan yg bertudung fesyen tahapa2 sampai org laki kalih2 kepala nak tengok 2-3 kali, erk.. aku avoid kawan2 begini. Sorry ya.. hohoh

Gambar google dari entry http://ummsyuhada.blogspot.com
Fesyen gila! Elakkan berjumpa dengan aku ya. Nanti tak pasal mulut aku wat dosa.



Sunday, July 25, 2010

~TEKKEN IS IN THE CINEMAS!

Hari ni check web nuffnang dan terbaca mini contest ini : Nuffnang Premiere Screening – Tekken. (Courtesy of GSC Movies)


Tekken movie dah nak keluar dah! Tak sabar beb nak pi tengok. Selama bertahun ni asyik dengar rumors dan planning pembikinan je, akhirnya release jugak filem ni bulan Ogos ni. Jadi bersedia lah ok?

Ini trailer filem Tekken.. Layanz..


Ok kembali pada matlamat asal post ni, ialah aku nak share sikit minat aku pada Tekken. Yes, again.. Since terjebak dengan tekken, memang takkan padam minat aku punya. Macam yang sesetengah hangpa tau, karekter favourite aku dalam Tekken ialah Nina Williams dan of course YOSHIMITSU!


Aku mula belajar game Tekken dengan PSone dan giat hafal command moves Yoshi, (waktu tu T3) dan bila start menjengah dan melepak di arcades (T5), masih dengan character Yoshi jugak, sampaikan aku .. ehem.. agak terkenal la (kuang3) di kalangan gamers penang sebagai "the only dak pompan pakai spek yg guna Yoshi". Walaupun skill aku tak bagus, but well, ramai sangat kawan yg tak kedekut ilmu sudi lepak sekali dan diskas combo2 dan strategi.

Kendian barulah aku mula luaskan skop permainan dan belajar guna karakter Nina Williams. Why? She's deadly dan banyak moves2 yang ada chain. Hohoh.

So kalau dalam muvi ni, tentulah I'm looking forward to watch Nina and Yoshi. Nina dilakonkan oleh Candice Hillebrand dan Yoshi pula oleh Gary Ray Stearns. Sapa depa? Entah aku pun tak kenal. Haks.

Cepatlah Ogos! Doryah! Doryah! Doryah! Wavedash cedok karen satuuuu!!! ;)



My tekken obsessions :
Google Wallpaper change :
http://tupaikaran.blogspot.com/2010/07/bertukar.html

Dari satu game ke satu game :
http://tupaikaran.blogspot.com/2009/05/game-dan-aku.html

Keluhan skills yang susah nak capai (with my n00by Tekken match videos kat arcade) :
http://tupaikaran.blogspot.com/2009/04/skills-ill-never-have.html

Pieces from my notebooks : (stadi tekken game moves.. haks skemanya)


Stikers dalam ni aku collect waktu mak aku keja di ofis kampeni pengeluar mesin game (RGB (M) SDN. BHD.) sekitar 1994. Haa lama dah kan stikers T1 aku nih.. Buku pun dah bertompok dimakan usia..



Monday, July 19, 2010

~NAK TENGOK ADEGAN PELUK BUKAN MUHRIM?

Sekarang bagitau aku drama/rancangan apa kat tv3 takdak adegan peluk2 antara pelakon/peserta laki dan pompan bukan muhrim?

Samada berlakon pujuk ka, berlakon kena cabul ka, berlakon jadi laki bini ka, jadi adik abang ka, menang pertandingan ka, mesti ada punya babak-babak peluk.

Biasalah. Menjiwai watak la katakan.

But of course. Mana ada lagi tapisan untuk rancangan-rancangan tivi. So sekarang tak payah susah nak pi skodeng kat taman-taman atau tangga-tangga sunyi.

Bukak ja tivi 3.


Friday, July 16, 2010

~RINDU SAMPAI JADI GILA

Di satu tengahari, aku terlelap jap. U know, bila da jaga baby, tidoq pun tak tentu hala, selalunya tak cukuplah.

Aaaanyway, aku termimpikan seseekor yang amat aku rindukan bertahun² lamanya. Dlm mimpi tu entah camna dia hilang dari rumah dan dalam gelap malam aku cari merata-rata ke tempat yang aku tak kenai. Sebak hati bila yang jumpa banyak sewarna dan corak yang hampir sama dengan dia, tapi bukan dia...

Aku cari² lagi sampailah taktau camna aku ada atas 1 flat tinggi. Yang paling ketara sepanjang tempoh pencarian, dengan sayu suara aku memanggil-manggil :

"Biiiiii...biiiiip...."
"Biiiiiiiii...biiiiip"

Yang eerienya sora soprano aku nyaring dan lantang bergema seluruh kawasan. Mengalahkan karaoke lagu Bunga Larangan. Ala, yang part last :

"♫ Engkaw, yang aku sayaaaang, bunga lara-ngaaaaaaaaaaaaaaan... ♫"

Tau tak, bergema? Dahla sukukata pertama 'Bi' tu panjang².

Kembali cerita atas flat tadi, aku terus panggil².

"Biiii..biiip..
Biii..biip where aaaaaare youuuu.."

Ye dalam BI plak jadinya. Dah cam permainan hide n seek kan? But anyway, sangat horror plus menyayat hati sampai aku terjaga jantung berdegup2 kencang.

Terbengong seketika. Kenapa dia ni yang dicari dalam mimpi aku? Apa mesej dia nak sampaikan? Adakah dia juga rindukan aku di sana?

Aku mencari dia :


Yang pleknya nama dia ni yang aku panggil :

Terdetik gak dalam ati yg suara tinggi bergema dalam kesayuan tu hampir buat aku ilang akal. Nasib baik cepat aku bangun. Haih.. Ni kot akibatnya kalu tidoq tengahari?? :p

Kechip... Kak pun rindukan kechip... :((



Wednesday, July 14, 2010

~CAMWHORES ALERT!

Amek gambaq ni kat fesbuk spupu aku :

Haks! Tu tak kira amek gamba angle atas kepala.. Dongak2 sket bg nampak cam muka ikan. Bajet kiut gitu.



Tuesday, July 13, 2010

~SEBELUM MULA BUAT DUIT DENGAN BLOGGING...

Makin hari semakin banyak blog² baru muncul dengan macam² jenis skop. Tujuannya mungkin kepada for fun saja tapi kebanyakannya bermotifkan cari duit dengan blogging.


Ye buat blog bukan susah. Pilih template, ketuk² keyboard taip apa², dah siap. Paste code iklan banyak². Kemudian dengan berkobar-kobar tunggu duit masuk.

Masalahnya duit yang hangpa tunggu tu bukan dalam sehari dua boleh nampak hasil kalau hangpa belum ada aspek yang satu ni :





Monday, July 12, 2010

~DOKTOR CAKAP BERBELIT

Why is it that doctors ni suka cakap berbelit a.k.a menipu? Bila orang sakit, tentulah pi klinik/hospital kan. Beratur tunggu sampai berlumut dan akhirnya ini yang akan doktor kata :

"Hmm.. encik tak de sakit apa-apa. Tapi saya bagi ubat untuk..."

Ok two points there:

1) Kalau kita tak sakit, apa ke nerakanya perlu jumpa doktor? Selain dari nak MC lah. Of course nak dengar dari mulut doktor yang mengiakan kita sakit kan?

2) Ok kalau kita tak sakit, awat doktor kena suruh kita beli ubat2 merepek depa waktu bayar bil?




Friday, July 09, 2010

~BERTUKAR!

Kalau orang lain dah sampai Paris, aku baru nak seluk kocek kira duit syiling tambang bas nak pi airport. Tulah perumpamaannya betapa aku terlambat tahu yg membawak kepada keterlambatan mengekspresikan dlm bentuk artikel/entri.

Aku maksudkan pembaharuan/penambahan/something rare yang selalu berlaku di page depan google. Pernah baru2 ni ada game pacman, sempat jugak aku main seround. Kemudian ini.




Wednesday, July 07, 2010

~AYAT MLM YG SUSAH NAK DENGAQ


Tak mustahil kita dengar/baca :

"Aku ni kaya sangat dengan bisnes ni, sampaikan satu monumen kat angkasa dicipta untuk aku saja."

"Kekayaan aku buatkan Donald Trump menangis 12 hari 17 bulan sebab dia tak join Infinity Downline cam aku ni."

"Hah sejak aku join MLM dotdotdot ni, duit berkepuk2 aku susun buat bantal ngan tilam aje. Hangpa taknak join ke?"

"Sampai bila hg nak hidop susah tidoq bawah jambatan pakai cawat daun semalu camni? Mailah follow aku, aku ajar caranya nak kaya sampai mercedes leh tukar hari2 hanya sebab terpercik ayaq ikan sewaktu orang gaji bawak p pasar."




Monday, July 05, 2010

~MUKADIMAH ENTRY YANG TEPU

'Salam u olls.. Sorry ye lama tak update belog. Dah bersawang pun. U olls tentu rindukan entry baru dari ai kan..'

Go on. Aku izinkan hgpa pi muntah jap kat toilet bowl. Keluarkan dinner, lunch, breakfast yang belum dibuang lagi. Kalau buleh supper semalam2 skali hgpa pancing keluaq semata2 muntah baca mukadimah camtu. Come on.. I know you wanna..... I know you wanna.. you wanna vomit ijaw right each time sampai ke blog yg guna ayat default tadi untuk kaver kemalasan update.




Friday, July 02, 2010

~BEZA HANGPA DAN HAMPA

Sebagai orang penang piau punya (walaupun idong aku tak tegak) merangkap orang utara (northern riot yeah!), penggunaan 'hangpa' dan 'hampa' dalam blog aku ni sepatutnya bukan sesuatu yang perlu dikelirukan. Heh baku melampau.

'Hangpa' ialah kata ganti diri untuk orang2 lawan bercakap secara kolektip, yakni kamu kamu kamu kamu dan kamu. Oh kamu juga.

'Hampa' as in awak, you, hang, kau, ko, ekau, kome, tapi lebih manja dan skema biawak kesopanannya. Biasanya dituturkan oleh kanak2 baik cam aku waktu skola rendah dulu dan sekarang dengan girl friends yg lembut (tak sampai ati nak ber-aku-hang).