• » Last Update Was 6 months ago With : Ayah..

Wednesday, May 13, 2009

~AKU TAK GEMARKAN LIPAN



Benci? Takleh kata camni, sebab lipan pun makhluk ciptaan Tuhan..

Tapi aku memang tak gemar dengan sikap lipan² berkongsi rumah dengan aku! Duit sewa pun tak bayaq, lepak dalam celah2 lantai bilik ayaq (org utara kata pancoq), taim aku nak mandi taim tu la nak sua muka gedik2 panjat dindin la, hambat kaki aku la grrrrrrr

Penah sekali tengah aku sonot berchatting ada lipan itam lari masuk bawah meja komputer, sampai skang xjumpa. Ntah kat mana dia bersarang. Orang kata kalau kita nampak sekoq, tentu ada lg sekoq partner dia kat2 situ.. Waaa.. dlm bilik tidoq ni!!

Kalu nak guna kabaid, asid, klorox ngan tahapa lg, adalah dikhuatiri keluarga2 lipan akan berlari keluar dari sarang timbul berselerak seluruh rumah. Leh bygkan tak beribu2 ekoq? Tu anak2 dia jgn lupa. Kena geget kalu...

Sungguh nightmare aku dok umah ni. Tak kira ngan masalah maggot yg berleluasa lg (termasuk "hantu" di luar tingkap).

Kalu aku bani ngan serangga2 ni xdak masalah. Tapi aku segan sikit la. Maklumlah pemalew =)



9 Comments »:

TeD said...

huuuuu.... aku pun takut lipan ni... hang kalau jumpa hang halau... bahaya oooooo... time2 tido tu kot merayap kat muka ka... ah, tak sanggup nak bayangkan...

Tupai Karan said...

Ted, lipan lari laju.. kaki byk kan ngeh3.. mmg xleh wat apapa slagi sarang utama tak dimusnahkan dengan cara yg paling efisyen hahah

Monkey D Luffy said...

kalau aku

aku mulakan operasi search n destroy sampai dapat

Tupai Karan said...

Kalau aku

Aku mintak hg yg wat operasi search n destroy tu leh?? :))

TeD said...

ko rase kan...dalam sarang dye ade bape lipan...? tak boleh sembur ngan ridsect ke...

Tupai Karan said...

Tak sanggup nak rasa2..heheh

Tara sekoq pun aku geli geleman ni plak lebih dari satu

lofiel said...

cik lipan selalu jln2 dibadan sa ketika tidur.

kami sdh mnjd teman. haha..

Tupai Karan said...

Lofiel, tabik spring dengan hg, nanti kalu aku nampak lipan lg aku bagi alamat hg hehheh

Pert said...

haha.. lipan mmg agak celaka gak.. dia nk tido himpit2 ngan kita. tapi bile kita mgeliat, digigitnye.

aku time kecik2 dulu, umah xde katil. so.. hahah.. aku pon ditiduri lipan, dan digigiti lipan.. habis tangan aku jd bulat mcm doremon.. kui2..

Post a Comment

Komen saja.. bkn spam :)